Resepi Puding Milo Oreo Simple. Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah Disediakan!

0 16,338

Bermacam-macam cara boleh dibuat dengan biskut oreo, bukan setakat sedap dimakan begitu sahaja tapi sebagai tambahan dalam hidangan lain pun sedap. Resepi Puding kali ini menggunakan oreo, jom kita lihat cara untuk membuat Puding Milo Oreo.

 Resepi pudding milo oreo sungguh menarik untuk ibu-ibu ingin mencuba untuk membuat satu hidangan pencuci mulut yang sedap, resepi yang mudah dan sedap ini dari perkongsian Yayang Nurul.

Siapa yang tidak suka pudding dari gabungan milo dan oreo ni, bukan setakat anak-anak je yang suka tapi orang dewasa pun apa kurangnya. Pudding milo oreo kalau makan masa sejuk lagi sedap.

Ada ke yang dah lama teringin nak makan pudding milo oreo ni? Nak buat pudding milo oreo ni bukannya susah, senang rupanya. Bahan yang digunakan pun tidak rumit.

Anak-anak pasti teruja nak makan pudding ni, ibu-ibu boleh cuba buat dengan resepi yang kami telah sediakan ini.

 

RESEPI PUDING MILO OREO

Bagi mendapatkan lapisan pudding yang sempurna perlu banyak bersabar, kena tunggu lapisan pertama hamper keras dahulu baru letak lapisan seterusnya. Nanti lapisan pudding akan tak cantik bila terlalu cepat letakkan lapisan seterusnya.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Agar-agar tali 1 paket
  • Air 4 cawan
  • Gula pasir 1/2 cawan
  • Susu cair 1 tin
  • Oreo 1 paket(krim jangan buang)
  • Milo 1 cawan

 

CARA-CARA PENYEDIAAN PUDDING MILO OREO :

▶️ Mula-mula larutkan agar-agar dengan air di atas api yang perlahan.

▶️ Selepas itu, masukkan gula. Kacau lagi sampai larut dan sebati.

▶️ Masukkan susu cair dan kacau sampai mendidih.

▶️ Kemudian, asingkan 2 cawan ke periuk lain untuk lapisan putih.

▶️ Manakala yang lebihan tadi masukkan milo dan kacau sehingga larut dan sebati.

▶️ Apabila dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.

▶️ Tunggu sehingga layer tu keras, cakar2kan pakai garfu di atas layer milo yang first tadi.Kena cakar2 dalam.Jangan cakar ala kadar je nanti tak melekat lapisan

▶️ Selepas itu, tuang semua adunan yang putih. Patahkan dua biskut oreo dan susun biskut ikut suka banyak mana atas layer putih.

▶️ Akhir sekali, dah keras masuk baki layer milo. Semuanya ada 3 layer.

▶️ Apabila pudding sudah suam boleh masuk dalam peti sejuk.

 

BACA JUGA : Resepi Lempeng Kelapa Dan Sambal Hijau Bilis. Yang Sedap Dan Lembut!

 

cantik betul kejadian pudding milo oreo ni, sampai tak sanggup nak makan. Pudding dah siap keluarkan dari dalam peti ais, makan ketika sejuk memang nyaman sekali. Tak hairanlah ramai yang suka makan pudding yang sejuk.

Ibu-ibu kalau nak variasikan lagi pudding oreo ni boleh sahaja tukar bahagian milo kepada perisa strawberry. Pudding milo oreo buat makan masa buka puasa atau minum petang memang sedap sangat.

Resepi yang diberi tersangatlah mudah untuk ibu-ibu cuba buat sendiri pudding milo oreo ni. Nak lagi sedap letak banyak-banyak biskut oreo kat dalam pudding lagi puas bila makan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.