Resepi Sardin Roll Yang Ranggup, Sedap Dihidangkan Sebagai Hidangan Minum Petang!

0 4,304

Pernah makan sardin roll atau nama lain sardin gulung, atau ada yang tak pernah tahu tentang kewujudan kuih ini? Biasanya kuih ini banyak dijual kalau dikampung, tapi dibandar mungkin ada yang dijual secara frozen. Ini ada Resepi Sardin Roll yang mudah untuk ibu-ibu mencubanya.

Kalau stock sardin kat rumah masih banyak dan tak tahu nak buat apa, boleh cuba resepi ini. Kuih ini sangat sedap, bila dimakan panas-panas dan dihidangkan pula sebagai minum petang bersama keluarga.

Kalau makan sardin roll ni pasti akan cakap macam rasa karipap sardin. Betul tu! Sebenarnya doh yang diguna sama sahaja dengan doh karipap, cuma bentuknya sahaja berbeza dari karipap, bentuk sardin roll digulung memanjang.

Untuk inti sardin boleh guna apa-apa jenis sardin yang digemari, kalau ada lebihan sambal sardin bolehlah cuba membuat kuih ini. Untuk inti hanya guna sambal sardin sahaja dan tidak dicampur dengan ubi kentang seperti karipap.

Kebanyakkan orang kurang tahu tentang kuih ini, sebab tak semua tempat yang ada jual sardin roll ni. Terima kasih kepada saudari Wahida Alya atas perkongsian resepi sardin roll yang sedap ini.

 

RESEPI SARDIN ROLL

Kesedapan sardin roll bukan sahaja bergantung pada inti, tapi pada keranggupan kulitnya juga. Ada yang letak air rendam kapur 2 sudu makan setiap satu kilo tepung yang digunakan bagi mendapatkan kulit yang ranggup.

photo6215073301336796210.jpg (718×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan inti sardin :
  • 1 tin sardin sedang
  • 1/2 bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)

 

CARA-CARA PENYEDIAAN INTI SARDIN

▶️ Tumis bawang besar n bawang putih hingga layu

▶️ Selepas tu masukkan ikan sardin (kuahnya masukkan je) hancur-hancurkan isi ikan.

▶️ Masukkan garam n gula secukup rasa, masak sardin sehingga agak-agak kering dan biarkan kat tepi.

photo6215073301336796213.jpg (718×960)

Bahan-bahan untuk doh sardin roll :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu majerin
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Air sejuk

photo6215073301336796211+%281%29.jpg (718×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN DOH SARDIN ROLL

▶️ Campurkan semua tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung.

▶️ Panaskan majerin dengan minyak, tuangkan dalam tepung tadi dan gaul dulu semua guna senduk.

▶️ Masukkan air sikit demi sedikit dan uli sampai menjadi doh (tak melekat kat tangan).

▶️ Seterusnya, boleh bulatkan doh dan rehatkan selama 15 minit tutup dengan kain lembab.

▶️ Sebelum canai, uli doh selama 2 minit sehingga doh menjadi licin.

photo6215073301336796217.jpg (718×960)

▶️ Selepas itu, ambik doh dan bulat-bulatkan kecil-kecil dan canai mengikut bentuk sedikit bujur tirus.

photo6215073301336796216.jpg (959×960)

▶️ Pada bahagian yang tirus canai nipis sedikit dan belah-belahkanya. Bila menggulung tidak perlu meletakkan air untuk melekatkan doh.
photo6215073301336796215.jpg (960×657)

 

BACA JUGA : Resepi Pulut Panggan Gemuk-Gemuk, Makan Sebatang Dah Kenyang Dengan Inti Sambal Udang Homemade Yang Sedap!

 

Puas hati bila tengok hasil menjadi elok je, kalau macam ni buat banyak-banyak pun tak apa, boleh frozenkan nanti. Goreng untuk sarapan pagi dan minum petang nanti pasti syok.

98776544257272.jpg (1200×800)Untuk frozenkan sardin roll ini mudah sahaja, tak perlu digoreng. Tapi kalau nak goreng separuh masak pun boleh juga, cuma ini cara lebih mudah dan cepat, susun sardin roll diatas tray dan bakar sekejap dalam 10 minit didalam oven mengikut suhu oven masing-masing.

Nak buat sardin roll ni sangat mudah, cuma perlukan kerajinan sedikit untuk mencanai doh. Hasil dari penggunaan resepi sardin roll ini pasti akan berpuas hati dengan rasa inti yang sedap dan kulit yang ranggup!

Leave A Reply

Your email address will not be published.