Asam pedas utara atau dikenali sebagai asam pedas rebus di utara salah satu hidangan bekuah yang sedap. Resepi Asam Pedas Ikan Parang Utara agak berbeza dengan asam pedas Melaka, sebab asam pedas utara tidak ditumis.
Asam pedas utara kalau ibu-ibu pernah tengok ia lebih berkuah dan cair, tidak pekat seperti asam pedas Melaka yang masak ditumis sehingga pecah minyak. Walaupun lain teksturnya keduanya ialah asam pedas yang sedap.
Asam pedas kalau nak sedap mesti secukup rasa masam masam pedas. Yang pasti aroma kesedapan masakan asam pedas datang dari daum kesum dan bunga kantan.
Kalau dulu zaman budak-budak suka makan nasi dengan kuah asam pedas letak banyak-banyak dan makan dengan ayam goreng memang sedap sangat, masa tu ayam goreng menjadi pilihan walaupun dah ada ikan dalam asam pedas.
Resepi dari perkongsian June Ahmad ni telah mendapat banyak perkongsian di facebook. Resepi ini sangat mudah dan sedap sebagai lauk harian.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG UTARA
Kali ini resepi asam pedas menggunakan ikan parang, tetapi kalau ibu-ibu tidak mempunyai ikan parang boleh sahaja ditukar kepada ikan lain.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ikan parang @ ikan apa2 je yg sesuai
- 1@2 bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- Garam
- Serbuk perasa
- 6@7 asam keping
- 8 biji bendi
Bahan kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 10 biji cili kering
- 1 sudu teh lada hitam
- Belacan sikit
CARA-CARA MEMASAK ASAM PEDAS IKAN PARANG :
▶️ Mula-mula, masuk bahan kisar dalam periuk.
▶️ Rebus sekejap sambil-sambil tambah air.
▶️ Biar lama sikit tak apa supaya bawang dan cili tu betul-betul masak.
▶️ Selepas itu, masukkan asam keping.
▶️ Kemudian bolehlah masuk ikan, garam, perasa secukup rasa.
▶️ Akhir masuk bunga kantan dan daun kesum.Biar mendidih lagi.
▶️ Sesuaikan rasa, kuah tu biar terasa masam-masam sikit baru lagi sedap.
BACA JUGA : Resepi Nasi Kurma Daging Adabi, Hidangan Yang Sedap Dan Mudah DIsediakan!
Okey siap! Hidangan yang simple untuk dimasak tetap sihat sebab tidak menggunakan minyak. makan dengan sambal belacan dan ikan masin pasti dah tak pandang lain.
Masakan asam pedas ini, ibu-ibu boleh tukarkan ikan yang sesuai jika tiada ikan parang, hidangan ini tetap akan sedap walaupun tidak menggunakan ikan parang.
Tambah lagi satu menu yang mudah untuk ibu-ibu cuba dirumah. Yang penting masakan Asam pedas ikan parang utara sedap dan mudah untuk dibuat. Selamat mencuba!