Cara Buat Puding Sagu Pelangi Yang Simple Dan Cantik. Sedap Dimakan Sejuk!
Sagu boleh digunakan untuk membuat macam-macam jenis kuih, daripada pengat hingga ke puding sagu yang sedap ni. Cara nak buat puding sagu pelangi ni sangat mudah, bahan yang digunakan pun tidak banyak.
Kali ini kita layan puding sagu pelangi pula. Keistimewaan puding sagu pelangi ini kerana ia berwarna-warni macam pelangi. Didalam pudding sagu pelangi pula sagu seperti batu-batu kristal yang cantik dan berwarna-warni.
Sagu biasanya dimasak sehingga menjadi jernih warnanya. Pelbagai cara dan gaya boleh dibuat untuk memasak sagu dan dimakan dengan air gula Melaka atau susu sebagai pemanis.
Puding sagu pelangi sangat menarik dan sangat sedap, ditambah makan masa sejuk pula. Rasanya lemak berkrim kerana dibuat dengan menggunakan susu cair dalam masakan puding ini.
Satu hidangan dessert yang sangat mudah dan menarik dengan warnanya dapat ibu-ibu mencuba untuk minum petang nanti. Resepi puding sagu pelangi dikongsi oleh Merpati Putih sangat menarik.
RESEPI PUDING SAGU PELANGI
Puding sagu pelangi boleh juga dimasak dengan menggunakan santan, yang tentu lagi lemak dan sedap.
Untuk resepi kali ini menggunakan susu cair untuk bagi rasa lemak puding ni. Santan atau susu cair boleh digunakan, atas citarasa masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 cawan biji sagu putih
- 1 liter air
- 20 gm serbuk agar-agar
- 11/2 cawan gula pasir
- 3 helai daun pandan
- 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
- 3 jenis pewarna kegemaran
CARA PENYEDIAAN PUDING SAGU PELANGI :
▶️ Mula-mula rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.
▶️ Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
▶️ Selepas itu, bahagikan sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
▶️ Kemudian, didalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
▶️ Masukkan susu cair.Kemudian tutup api.
▶️ Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
▶️ Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
▶️ Seterusnya, cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
▶️ Akhir sekali, ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Sejukkan di dalam peti.. Siap untuk dimakan.
BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Moist Versi Bakar. Sekali Rasa Comfirm Suka. Serious Sedap!
Wah! Warna puding sagu pelangi cantik betul, nak makan pun rasa sayang macam ni. Kalau macam inj rupa puding sagu pelangi bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka.
Kalau nak sedap lagi, ibu-ibu boleh buat kuah kastard untuk dimakan sekali dan dimakan semasa sejuk-sejuk. Puding sagu pelangi boleh sahaja dibuat didalam bekas-bekas kecil yang berbentuk lagi nampak menarik.
Ibu-ibu pasti tak sabar nak cuba buat puding sagu pelangi ni kan? Menarik sangat warna-warni puding ni. Resepi puding sagu pelangi dah ada, cara penyediaan pun dah tunjuk. Apa lagi ibu-ibu tunjukkan bakat anda. Selamat mencuba!