Resepi Laksa Johor Kuah Pekat Dan Sedap. Hidangan Special Yang Menyelerakan!
Siapa kata utara sahaja ada laksa, johor pun ada laksa jugak. Laksa johor rasanya agak berbeza sedikit oleh kerana menggunakan spaghetti sebagai penganti laksa. Resepi Laksa Johor sangat mudah dibuat dan sangat sedap.
Siapa yang pernah makan mesti tidak pelik apabila laksa johor dihidangkan dengan spageti, semua tahu tekstur sepegetti agak kenyal dan tebal sedikit lain dari laksa yang lebih lembut. Mungkin laksa johor ada sejarahnya tersendiri yang menggunakan spaghetti.
Penyediaan laksa johor agak rumit dan bahan yang digunakan juga agak berbeza sedikit dengan bahan laksa yang lain seperti rempah kari dan kerisik didalam kuah.
Kebiasaan orang johor makan laksa dengan menggunakan tangan sahaja, kerana lebih menikmati rasa laksa tersebut. Kuah laksa johor kebiasaannya pekat dan kuah dimakan tidak melimpah seperti laksa yang lain.
Resepi laksa johor ini telah dikongsi oleh Nur Elina Mohd aziz di facebook. Laksa johor memang sedap bila dimakan dengan sambal belacan dan ulam ulaman segar.
RESEPI LAKSA JOHOR
Penggunaan ikan amat penting dalam membuat kuah laksa johor, biasanya penggunaan ikan segar akan membuatkan kuah rasa lebih manis dan sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Spaghetti
- 1kg ikan selayang / kembung
- 3/4 cawan rempah kari ikan
- 1/2 cawan cili kering yang dikisar
- 1 kotak santan segera
- 1 paket kecil kerisik
- Garam & serbuk perasa
Bahan untuk kisar dan tumis :
- 3 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
Bahan untuk Ulam Ulaman :
- Timun
- Taugeh
- Daun kesom
- Kacang panjang
- Limau kasturi
CARA-CARA PENYEDIAAN LAKSA JOHOR :
▶️ Mula-mula ikan disiang dan dibersihkan. Selepas tu kukus @ direbus bersama asam keping.
▶️ Carikkan isi ikan. Air rebusan ikan tadi tu disimpan . Kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan tadi..kemudian ,ketepikan
▶️ Panaskan minyak 1/2 cawan tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.
▶️ Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ..kacau rata . Masukkan air rebusan ikan baki sikit tadi dan santan.
▶️ Apabila sudah mendidih ,masukkan kerisik pula.
▶️ Masukkan garam ,perasa dan daun kesom sedikit .
▶️ Kepekatan kuah mengikut citarasa sendiri, jika ingin pekat tidak perlu letak banyak air.
BACA JUGA : Resepi Kerabu Kacang Mangga Perut. Hidangan Kampung Yang Menyelerakan!
Fuh! Makan laksa johor dah macm makan spaghetti Bolognese dah, dengan kuah yang pekat secukup rasa ditambah pula ulam-ulaman yang segar diatasnya.
Kuah laksa perlu direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan, supaya kuah laksa pekat cantik dan tidak terlalu pecah minyak.
Resepi laksa johor sangat sedap untuk dibuat, kebiasaanya akan dimakan dengan sambal belacan jika ingin pedas dan akan menaikan lagi selera ketika makan. Selamat mencuba!