Dah puas makan hidangan raya, kali ni kita terbang ke Thailand pula. Walaupun tak boleh terbang ke Siam Kita bawak terus hidangan famous dari sana. Resepi Sotong Phat Phet menjadi pilihan dihati pula.
Seperti semua tahu hidangan dari negara sebelah ni memang tidak asing lagi di tempat kita, rasa masakan masam dan pedas memang diminati ramai.
Sotong phat phet masakan dua dalam satu, ada lauk dan sayur dalam satu hidangan. Jadi dah tak perlu nak goreng sayur lagi bila nak makan nanti.
Mungkin ada yang tak pernah rasa lagi masakan phat phet ni, kalau di kelantan masakan ni memang banyak dijual di kedai-kedai makan siam atau kedai lauk pauk.
Resepi sotong phat phet ini telah dikongsi oleh Nurul Ateekah di facebooknya. Resepi ini amat mudah dan bahan-bahan pun memang biasa ada dirumah.
RESEPI SOTONG PHAT PHET
Masakan phat phet bukan sahaja boleh dimasak dengan sotong, tapi boleh digantikan dengan ayam, udang, dan daging juga.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 500gram sotong (dicuci bersih)
- 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
- 5 batang cili padi merah (dipotong)
- 1 labu bawang merah (dipotong)
- 1 batang serai (dihiris)
- 4 helai daun limau purut
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
- 2 sudu besar sos ikan
- ½ sudu kecil serbuk perasa
- Garam (jika perlu)
- Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan kisar :
- 4 batang cili merah
- 4 batang cili hijau
- 1 labu bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- sedikit air
CARA-CARA PENYEDIAAN SOTONG PHAT PHET
▶️ Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
▶️ Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
▶️ Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
▶️ Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata.
▶️ Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang . Masakan seketika dan tutup api .
BACA JUGA : Resepi Apam Tapai Ubi Kayu. Kuih Legend Yang Sedap Dimakan Dengan Kelapa Parut!
Nampak macam renyah nak masak sotong phat phet ni, tapi sebenarnya senang je. Sekelip mata dah siap satu hidangan. Cuma sediakan nasi putih pun dah cukup. Kalau nak lagi sedap makan dengan tomyam sekali.
Masakan jenis phat phet bukan sahaja boleh dimasak dengan sotong, ayam, udang dan daging sahaja. Tapi boleh juga guna belut untuk masak phat phet.
Resepi sotong phat phet memang sedap dan secukup rasa pedas. Sekali suap pasti bertambah-tambah nanti. Selamat mencuba!