Resepi Yee Mee Sizzling Homemade Sedap. Lagi Sedap Apabila Dibuat Sendiri!

0 4,500

Kalau pergi ke Tesco atau mana-mana pasaraya besar, singgah makan kat medan selera mereka pasti akan jumpa hidangan mee sizzling ni. Kali ini kita nak kongsi Resepi Yee Mee Syizling yang mudah dan senang untuk dibuat dirumah sahaja.

Kalau pergi je medan selera di mana-mana pasaraya mata duk terpandang je Yee mee sizzling ni dah tak tengok hidangan lain dah. Kalau tak order memang tak sah la, nanti duk teringat-ingat kat rumah.

Mee untuk sizzling menggunakan yee mee yang kering dan akan dimasak diatas hot plate sehingga yee mee lembut. Serta dihidangkan dengan pakchoy, telur, ayam dan cendawan shitake yang akan dimasak sekali diatas hot plate.

Bagi peminat hidangan sizzling kena cuba belajar buat sendiri secara homemade, pasti lebih sedap dan jimat. Walaupun tidak ada hot plate boleh sahaja pakai kuali untuk lembutkan yee mee tersebut.

Resepi yee mee sizzling homemade ini telah dikongsi oleh Suzana Othman dengan resepi  yang senang dan sedap ini boleh diikuti oleh ibu-ibu walaupun pertama kali menyediakannya gerenti akan menjadi.

 

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Tak dinafikan masak yee mee sizzling menggunakan hot plate feeling dia akan rasa macam makan dikedai, tapi jika tiada hot plate boleh sahaja menggunakan kuali. Apabila nak makan panaskan sedikit kuah didalam kuali dan letakkan semua bahan yee  mee sizzling dan tunggu sehingga masak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 mangkuk ayam bahagian isi yang dibersih dan dipotong.
  • 10 biji cendawan shitake Kering ( rendam terlebih dahulu )
  • 10 tangkai cili Kering
  • 5 ulas bawang putih ( cincang )
  • 1 inci halia ( potong nipis )
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam ( kisar sendiri )
  • 1 senduk kicap pekat
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung jagung ( campur sedikit air )
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

 

Bahan-bahan Lain :
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • Pakchoy

 

CARA-CARA PENYEDIAAN YEE MEE SIZZLING :

▶️ Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi, kemudian masukkan cili kering.

▶️ Selepas itu, masukkan ayam, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. kacau sampai sebati.

▶️ Masukkan cendawan shitake.

▶️ Kemudian, masukkan 1 liter air dan perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Apabila dah mendidih, masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat dan tutup api.

▶️ Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee dan cuarahkan kuah sizzling keatasnya.

▶️ Buka api dapur dan masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga yee mee lembut. siap!

 

BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam Yang Mudah. Hidangan Masak Lemak Yang Sedap Dan Mudah Dibuat.

 

Senangnya nak buat yee mee sizzling macam kat kedai, tak perlu guna hot plate pun dah boleh dapat makan sizzling. Yang penting lagi jimat jika dibuat sendiri, boleh buat banyak hidangan dengan sekali masak. 

Bila dah buat sendiri ni, nak letak ayam banyak mana pun tak apa. Tapi jangan lupa kunci yee mee sizzling yang sedap kena ada kicap cili dan sebuk lada putih barulah rasanya terangkat, ala-ala dah makan kat kedai dah.

Bagi ibu-ibu yang masih tidak tahu hidangan apa untuk dibuat sebagai hidangan minum petang bolehlah cuba resepi yee mee sizzling ini, pasti anak-anak suka. Selamat mencuba kepada semua yang pertama kali ingin buat hidangan sizzling ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.