Resepi Ayam Paprik Pedas Yang Simple Dan Sedap. Sekali Makan Nak Lagi Dan Lagi!
Hari-hari masak mesti ada masak ayam. Sampai dah pening nak buat ayam masak apa lagi dah, untuk dihidangkan pada keluarga. Jadi apa kata cuba resepi yang dikongsikan iaitu ayam paprik pedas ala thai ini. Confirm habis licin makan hingga menjilat jari.
Anak-anak memang suka makan ayam. Kalau tiada dimasak lauk ayam nanti, ada pulak yang tak nak makan. Sedangkan ada yang dah jemu hari-hari menu ayam. Jadikan kenalah masak beberapa jenis lauk lain supaya semua makan dengan bahagiakan.
Ayam masak paprik merupakan antara masakan yang sangat simple dan wajib anda cuba dirumah. Selalunya hidangan ini popular dikedai-kedai yang menyediakan masakan Thai. Rasa yang manis, pedas dan cikit masam menambah selera kita. Makan dapat dengan tomyam confirm bertambah padu dan marvelous.
Penyediaan untuk masak ayam paprik pedas ini simple dan bahan juga mudah untuk didapati. Menu paprik wajib ada daun limau purut, aroma limau purut menyebabkan bau masakan kita sampai ke rumah jiran boleh bau. Kalau tiada daun limau purut tak jadi paprik kita.
Resepi yang dikongiskan oleh cik puan Zana Mokhtar ini antara resepi yang senang nak follow. Tiada sukatan yang diperlukan, anda boleh mengikut citarasa masing-masing. Jika anda suka banyak sayuran boleh letak banyak-banyak sayur, confirm lagi padu masakan ini dan anak-anak pun mesti suka.
RESEPI AYAM MASAK PAPRIK PEDAS
Masakan paprik yang paling original mestilah berasal daripda Thai kan. Namun menurut resepi yang dikongsikan ini adalah versi dan style yang biasa dibuat olehnya. Sebenarnya jika banyak sayur dalam masakan lagi bagus, sebab anak-anak jika dipaksa makan sayur memang susah, tetapi jika masak terus dengan ayam paprik confirm sampai habis licin.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam di potong kecil
- Bunga kobis
- Sayur jagung
- Carrot
- Serai
- Limau purut
- 3 tangkai cili api
- Bawang merah dan bawang putih(dikisar)
- Cili kering(dikisar)
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos Tiram
- Kicap
- Susu
- Garam
CARA PENYEDIAAN AYAM PAPRIK PEDAS :
▶️ Pertama sekali, tumiskan bawang sampai naik bau. Dan kemudian masuk kan serai dan cili sampai la pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan ayam. Biar kan seketika. Lepas tu tambah sos tiram, sos cili dan tomato.
▶️ Tambahkan air sedikit. Masuk limau purut dan sedikit kicap. Biarkan sekejap. Selepas tu baru lah masukkan sayur sayur semua itu.
▶️ Biarkan sekejap sampai masak sayur sayur tu dan letakkan susu sedikit.
▶️ Dah agak mesra siap di angkat. Dan tabur dengan daun ketumbar.
BACA JUGA : Resepi Dumpling Isi Ayam Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Selagi Cuba Nak Lagi!
Waah! Mudah sangat je nak buat masakan ayam masak paprik ini sebenarnya. Bagi yang mana baru nak belajar memasak, boleh save dulu perkongsian ini supaya boleh kita buat dikemudian hari. Kalau ikut satu persatu pasti akan berjaya hasilkan ayam masak paprik yang awesome!
Sebelum ini, kalau nak makan masakan Thai kena pergi kedai. Kali ni, kita oleh hidangan masakan thai sebijik rasa macam kedai. Bila dah tahu cara boleh lah buat selalu masak. Masak dirumah lebih jimat dan boleh makan puas-puas dah jika anda suka pedas boleh tambah cili mengikut citarasa anda.
Semoga dengan perkongsian resepi ayam masak paprik pedas ini dapat beri manfaat kepada anda semua. Jangan lupa, kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai boleh dapat manfaat yang sama. Semoga anda akan lebih semangat untuk mencuba pelbagai jenis resepi.