Resepi Ayam Madu Ala Makrerama Yang Cepat, Pantas Dan Sedap. Rahsia Pembuka Selera Anda!

0 454

Dalam banyak-banyak hidangan, rasanya hidangan ayam lah yang boleh pelbagai jenis makanan. Tak kira masak lemak, masak sos, masak sambal dan macam-macam lagi. Salah satu hidangan yang menarik ialah resepi ayam madu ala makrerama. Menu ini pasti membangkitkan selera makan anda.

Rasa masakan ini lebih kepada rasa manis disebabkan campuran kicap manis dan madu. Dan ada juga rasa bahang dari lada hitam. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas sangat. Aroma masakan ini sungguh sedap dan menyelerakan. Walaupun dimasak dengan menggunakan madu namun ianya tidak muak.

Boleh juga dikatakan ayam madu ini resepinya sangat ringkas. Campak-campak je dah siap. Sesuai sangat bagi mak-mak yang bekerjaya dan tidak ada masa untuk memasak. Tetapi nak juga sedia menu yang special untuk keluarga. Cara penyedian resepi ini mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah boleh didapati didapur anda sahaja.

Kalau dah bosan asyik makan lauk ayam yang sama, boleh buat resepi ini. Hidangan ini tak berkuah, tapi sedikit lembap-lembap basah. Just nice je. Nak makan dengan apa-apa jenis nasi pun boleh. Terpulang pada selera anda. Confirm sepinggan tak cukup.

Resepi ayam madu ala makreram ini dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie.  Jadi rugi lah kalau anda tak cuba resepi ni. Rasa ayam goreng yang garing diluar dan juicy di dalam. Hidangkan ini sesuai untuk sajian makan tengah hari atau malam. Hidangan yang simple namun sedap pasti anak-anak akan suka.

 

RESEPI AYAM MADU ALA MAKRERAMA 

Kalau masak ayam mesti ada part yang menjadi pilihan. Tapi kalau masakan ni semua part pun sedap. Sebab masakan ini ramuanya akan meresap ke dalam isi dan tulang ayam. Confirm anda makan sampai licin. Jom apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 1 kg ayam
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 2 sudu sos lada hitam
  • ½ cawan kicap manis
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)

CARA PENYEDIAAN AYAM MADU ALA MAKRERAMA :

▶️ Guna bahagian paha dalam sekilo gitu. Basuh bersih dan toskan ya. Tapi kalau nak guna 1 ekor ayam pun boleh.

▶️ Masukkan bahan kisar dan semua bahan diatas. Kemudian gaul mesra bersama ayam.

▶️ Kacaukan semua bahan sampai sebati. Jangan buka api lagi tau. Dah sebati semua baru kita hidupkan api perlahan.

▶️ Biarkan semua bahan mendidih. Sesekali kacau-kacaukan supaya mesra. Tak perlu letak air tau. Itu air dari ayam.

▶️ Masak sampai dia elok pekat melekat macam ini. Tak perlu bubuh gula ke garam ke sebab semua bahan tadi dah cukup rasa dah.

▶️ Masak sampai ayam itu masak. Dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Daging Goreng Kunyit Cili Benggala Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Dan Sambal Belacan Pasti Terangkatt!

 

Tada dah siap! Nampak sungguh menyelerakan. Cara penyediaan juga sangat senang. Tapi kalau anda suka pedas boleh tambah cili. Ianya terpulang selera anda. Walaupun masakan ini sangat ringkas namun ianya membuka selera. Boleh bertambah nasi dibuatnya.

Dalam masak ini dah ada madu, kicap dan sos tiram. Tapi terpulang pada selera anda nak tambah gula dan garam atau tidak. Tapi sebelum letak tu kena lah rasa dulu tau. Kalau dah rasa tak balance, boleh je tambah gula dan garam. Hidangan ni,  gaul minyak dengan nasi putih pun dah sedap.

Kalau nak buat makan malam yang ringan-ringan dan simple je, sesuai lah buat resepi Ayam madu ala makrerama ni. Pasti suami dan anak-anak suka. Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.