Resepi Asam Pedas Ayam Style Melaka Yang Simple. Sekali Makan Boleh bertambah nasi dibuatnya!

0 12,301

Resepi asam pedas ayam style Melaka, memang tak dinafikan sedap sungguh rasanya. Selain asam pedas ikan dan daging, asam pedas ayam juga merupakan antara menu kesukaaan ramai orang. Keenakan kuah yang masam masam pedas dan ayam yang lembut menjadikan hidangan yang sangat istimewa.

Apa yang kita tahu, sajian asam pedas sangat popular di Melaka, namun akhir-akhir sajian ini menjadikan kesukaan dikebanyak negeri lain. Walaupun asam pedas ayam agak pelik bunyinya namun bila akan makan memang sedap rasanya.

Resepi ayam pedas ayam sama je dengan asam pedas ikan atau daging yang biasa kita masak. Cuma kali ini kita hanya menggunakan ayam menggantikan ikan. Bila makan ayam tu dimasak rasanya memang padu sebab kuah asam pedas akan menyerap masuk ke dalam ayam itu.

Untuk mengurangkan bau hanyir ayam, sebelum masak ayam itu dibasuh atau dilumurkan tepung gadung. Selain itu juga boleh potong hirisan limau nipis dan perah kedalam air bilasan untuk membasuh ayam. Hasilnya ayam bila dimakan akan hilang bau hanyir dan lebih sedap isinya.

Cara penyedian masak asam pedas ayam sangat simple dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak renyah. Anda boleh cubanya dirumah nanti. Anda boleh follow resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Siti Nur Sahida Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi yang ini.

 

RESEPI ASAM PEDAS AYAM

Selain dimakan dengan nasi putih, asam pedas ayam ini sangat sedap dimakan dengan ulam timur dan sambal belacan. Confirm hilang terus diet hari ni! Tanpa membuang masa lagi, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan masak asam pedas ayam ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ayam seekor di potong 12@14
  • 2 genggam daun kesum
  • 3 sudu air asam jawa
  • 8 ulas bawang putih (diblend)
  • 2 ulas bawang merah (diblend)
  • 2 inci kunyit (diblend)
  • Halia (diblend)
  • Belacan (diblend)
  • Gula
  • Garam
  • 3 genggam lada kering(direndam dalam air panas)
  • Lada hitam
  • Air

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS AYAM :

▶️ Panaskan minyak tumis bahan yang di blend tadi. Masak sampai pecah minyak.

▶️ Lepastu masukkan ayam. Tambah 2 cawam air. Kemudian masukkan air asam jawa.

▶️ Baru masukkan gula, garam, lada lada hitam. Biar masak seketika.

▶️ Last sekali masukkan daun kesum.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Lasagna Daging Yang Sedap Dan Mantap. Keenakkannya Pasti Memukau Selera Anda!

 

Tadaa! siap untuk dihidang. Makan panas-panas lagi sedap. Anda juga boleh campurkan buah tomato atau bendi dalam masakan ini. Confirm lagi sedap. Selain itu aroma daun kesum yang wangi memang dapat membangkitkan selera makan anda. Tak rugi kalau nak mencubanya dirumah.

Lepas ini kalau teringin nak makan asam pedas ayam melaka ini boleh masak sendiri. Follow je step by step resepi yang dikongsikan. Tak mustahil orang bukan dari negeri melaka pun terer masak asam pedas ni. Sajian yang istimewa dan sedap ini memang sesuai dihidangan pada keluarga anda.

Kalau tiada kelapangan untuk mencuba cuba resepi boleh save dahulu resepi ini. Jika dan masa free boleh lah try masak untuk keluarga. Semoga resepi asam pedas ayam melaka ini memberi anda inpirasi dan manfaat. Jangan lupa share pada kawan-kawan juga supaya semua orang mendapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.