Resepi Dumpling Isi Ayam Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Selagi Cuba Nak Lagi!

0 852

Pernah tak makan dumpling homemade? Dumpling ini merupakan makanan trasidi masyarkat Cina yang sangat popular. Hari ini, apa kata kita cuba buat resepi dumpling isi ayam. Dumpling juga merupakan satu hidangan yang terdiri daripada kepingan adunan yang mengandungi inti didalamnya dan dimasak secara goreng atapun dikukus.

Kulit dumpling biasanya diperbuat daripada roti, tepung ataupun kentang, manakala intinya boleh diisi dengan daging, ikan, keju, sayur-sayuran, buah-buahan ataupun sebagainya. Dumpling juga turut digemari oleh anak-anak kerana rasanya tidak pedas dan boleh juga dimakan dengan sup.

Kaedah penyediaan dumpling juga sangat simple kerana bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat dumpling ini sangat mudah didapati. Inti dumpling ini boleh dicampur dengan sayur contoh dumpling ayam dicampur dengan lobak atau sedikit daun sup pasti rasa dumpling ini lebih enak dan berkhasiat.

Dumpling juga merupakan salah satu menu sihat, kerana dalam hidangan ini mengandungi daging cincang yang kaya dengan protein. Jika di tambah dengan sayur-sayuran, maka serat di dalamnya akan membantu proses percernaan dan penghadaman.

Disebabkan penyediaan dumpling ini simple dan  ringkas, apa kata anda follow resepi yang dikongsi oleh pengguna  facebook iaitu cik Zurina Zulkefli. Bila buat sendiri lagi jimat dan lebih puas hati. Menu ini juga sesuai dijadikan hidang sarapan pagi ataupun minum petang. Selamat mencuba.

 

RESEPI DUMPLING ISI AYAM

Cara penyediaan kulit dumpling simple, hanya memerlukan berapa bahan sahaja iaitu tepung gandung, tepung ubi, air panas dan sedikit garam sahaja. Namun jika tidak mahu buat doh sendiri, boleh gunakan saja kulit dumpling yang siap terjual dipasar raya seperti Giant ataupun tesco. Boleh cari dibahagian sejuk beku ataupun ditempat sama kulit popia.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 3/4 ketul isi ayam (cincang hancur)
  • 1 biji telur ayam (pastikan dicuci bersih)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 akar daun bawang (hiriskan)
  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam knorr atau serbuk lada sulah ajinamoto
  • 1 sudu kecil tepung jagunh

 

Bahan-bahan kulit :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • Secubit garam
  • Air panas

*Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat.

CARA PENYEDIAAN DUMPLING ISI AYAM : 

▶️ Pertama isi ayam hendak dilenyek terlebih dahulu. Kemudian diletak ke dalam kulit dumpling telah di adun tadi. selepas itu, tekap kulit dumpling mengunakan garfu supaya tidak terbuka.

▶️ Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak, masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak.

▶️ Kemudian, curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali. Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan.  Anda juga boleh mengunakan kaedah kukus.

▶️  Untuk  membuat sos seperti gambar diatas, mula-mula, panaskan minyak masak didalam kuali kemudian tumiskan 5 ulas bawang putih yang dicincang dan 2 hirisan halia juga dicincang.

▶️  Bila bawang menjadi warna keemasan, padankan api dapur dan masukkan 2 sudu besar serbuk cili kacar(chili flakes) dan satu sudu besar kicap pekat.

▶️ Akhir sekali, tabur sedikit garam dan gaul sebati, kemudian siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Tomyam Pedas, Masam Dan Berlemak. Kuahnya Pekat Dan Padu Macam Kat Kedai Thai!

 

Siap untuk dihidang! anda boleh buat banyak dan sebahagian dumpling yang sudah siap boleh dimasukkan didalam peti untuk difrozenkan. Bila-bila nak makan boleh keluarkan. Nak goreng boleh nak kukus pun boleh. Boleh pilih mana yang anda suka.

Dumpling ini boleh boleh dimakan dengan sup. Lebih-lebih lagi bila dimakan dengan panas-panas lagi sedap. Masakkan bersup ini lebih banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan kita. Menu dumpling boleh dihidang pada bila-bila sama ada untuk hidangan petang ataupun malam.

Tak perlu makan diluar lagi. Kos lebih murah bila buat sendiri dirumah. Disamping bahan yang digunakan juga terjamin bersih dan halal. Semoga resepi dumpling ayam ini memberikan manfaat dan boleh juga kongsi supaya lebih ramai tahu manfaat dumpling ini. Selamat memcuba!.

Leave A Reply

Your email address will not be published.