Resepi Tart Nenas Sedap. Gebu Gebas Dan Cair Dimulut. Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

0 3,145

Kalau sebut pasal tart nenas ni mesti ramai peminatnya. Salah satu biskut legend yang pasti akan ada di setiap rumah bila tiba hari raya. Resepi Tart Nenas Sedap kali ini sangat simple dan mudah untuk dibuat sendiri.

Tart nenas mempunyai pelbagai bentuk seperti tart nenas gulung, tart nenas kiub, dan tart nenas yang berbentuk nenas juga ada. Bentuk-bentuk tart nenas boleh mengikut citarasa dan memudahkan kepada si pembuat.

Rasa tart nenas yang sedap, gebu dan cair dimulut dapat memikat hati si pengemar tart nenas. Inti masam manis lagi membangkitkan rasa kuih tart nenas. Kuih yang sangat popular dan laris setiap tahun.

Jom layan resepi tart nenas sedap yang telah dikongsi oleh Makteh Nourain yang mudah dan sangat gebu ini. Rugi kalau tak mencuba buat sendiri kali ni. Alang-alang baru nak cuba, boleh buat kuih tart ni.

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat tart nenas ni pun sangat mudah kita nak dapatkan. Jom saya kongsikan apa bahan-bahan yang digunakan untuk tart nenas ini dan langkah-langkah nak buat tart nenas yang sedap ni.

 

RESEPI TART NENAS SEDAP

Tart nenas boleh dibuat dengan pelbagai bentuk, ada yang berbentuk bunga, kiub, gulung dan pelbagai bentuk lagi dari kreativiti si pembuat.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Acuan tart nenas
  • Inti tart nenas yang sudah siap
Bahan A
  • 220g buttercup sejuk atau jenama lain
  • 30g minyak sapi ghee
  • 1ct vanilla

 

Bahan B
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar susu tepung fernleaf

 

Bahan C
  • 300g tepung gandum
  • 40g tepung jagung
  • 50g gula caster

 

Bahan D ( sapuan atas tart )
  • 2 biji merah telur
  • 1 sudu besar susu cair
  • Sedikit esen vanilla ( jika mahu )

CARA-CARA PENYEDIAAN TART NENAS : 

▶️ Mula-mula sekali, potong butter sejuk menjadi kiub kecil.

▶️ Seterusnya, mixer butter dengan minyak ghee dengan kelajuan sederhana hingga nampak lembut.

▶️ Masukkan esen vanilla dan susu tepung. Mix sampai sebati.

▶️ Selepas itu, campur gula caster, tepung gandum dan tepung jagung. Mix sebati sehingga menjadi bentuk doh.

▶️ Kemudian, rehatkan doh selama 15-20 minit.

▶️ Apabila doh sudah direhatkan, tekankan doh dalam acuan tart nenas. Panjang setiap doh lebih kurang 2 ½ inchi.

▶️ Selepas itu, timbang jem nenas anggaran 6g untuk inti tart nenas dan bulat-bulatkan.

▶️ Kemudian gulung tart nenas dan bakar pada suhu 130oc selama 20 minit sehingga nampak keperangan.

▶️ Setelah tart nenas sudah masak, sapu bancuhan kuning telur dan susu cair tadi ke permukaan tart nenas dan bakar sekejap sehingga nampak warna keperangan.

 

BACA JUGA : Resepi Asam Pedas Ikan Siakap. Rasa Yang Sedap Pasti Terangkat!

 

Siapalah yang tak gemar dengan kuih gebu gebas ni, dengan rasa masam manis dari inti nenas tu. Tart nenas sekarang sudah banyak divariasi, ada yang letak pewarna untuk bagi lagi memikat, dan ada yang tukar inti nenas kepada inti blueberry atau strawberry.

Bila dekat musim raya boleh lah ambik tempahan jual biskut tart nenas sedap ni. Biskut tart nenas memang ada peminat tersendiri. Orang kata sekali cuba berkali-kali nak lagi.

Resepi tart nenas sedap ni sangat mudah untuk dibuat dan sedap dimakan tidak kira musim raya atau tidak. Yang masih mencari resepi tart nenas yang sedap gebu gebas boleh guna resepi yang kami sediakan ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.