Resepi Tomyam Pedas, Masam Dan Berlemak. Kuahnya Pekat Dan Padu Macam Kat Kedai Thai!
Asyik pikir nak masak apa? Dah sering idea! Apa kata try resepi tomyam yang simple ini. Tomyam versi ini mempunyai kuah yang agak pedas dan jugak berwarna merah. Menu tomyam ini juga boleh dihidangkan dengan nasi putih ataupun bihun. Seperti yang kita tahu, masakkan tomyam merupakan masakan yang berasal dari Thailand dan digemari oleh semua orang.
Tidak kira apa masakan Thai, pasti menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Masakkan thai cukup terkenal dengan rasa masam, manis dan pedas. Begitu juga dengan hidagan yang dikongsikan ini. Jika dihat dikedai-kedai makan, ramai orang tertumpu dikedai masakan thai berbanding dengan kedai yang lain.
Dalam masakkan tomyam kali ini, anda juga boleh memilih jenis lauk seperti ayam, daging, ketam, udang, sotong dan sebagainya untuk dimasak, jika anda tidak gemar makanan darat dicampur sekali dengan makan lauk, anda boleh asing mengikut cita rasa anada. Tapi kalau saya, semua sejenis saya masukkan.
Pendek kata, tomyam ni adalah menu yang menjadi kesukaan semua. Menu ini juga sesuai dihidangan untuk makan tengah hari ataupun malam. Malah cara penyediaan tomyam ini sangat lah mudah dan bahan-bahan masakkan juga senang didapati.
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh penggunaan facebook cik Mastura Razali. Terima kasih juga berkongsi resepi. Pasti ramai yang tak sabar mencuba resepi ini kan? Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!
RESEPI TOMYAM THAI
Apa yang istimewa tentang tomyam ini, iaitu cara masak yang paling senang, main campak-campak je, tengok- tengok dah siap. Resepi ini sesuai kepada yang baru nak belajar masak. Mula-mula nak belajar memasak mesti nak yang resepi yang senang je kan. Jadi boleh try resepi ini pasti suami akan bertambah-tambah nanti. Jom kita lihat cara penyediaan resepi yang cukup lazat dan menyelerakan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Isi ayam / udang / sotong
- Carrot
- Bunga kubis
- Jagung muda
- Galeri
- Cendawan enoki
- Bawang Holland
- Bawang putih
- Lengkuas
- Serai
- Daun limau purut
- Akar ketumbar
- Tomato
- Daun ketumbar
- Susu sejat
- Pes tomyam.
- Cili (pilihan)
CARA PENYEDIAAN TOMYAM THAI :
▶️ Rebus air masukkan akar ketumbar. Masukkan isi ayam, masak sampai agak mendidih.
▶️ Kemudian masukkan bawang-bawang, lengkuas, serai, daun limau purut, pastu masukkan pes tomyam boleh guna 1 botol pes tu ataupun lebih kurang dlm 4 sudu besar,pastu boleh perasakan dengan garam dan aji.
▶️ Masukkan sotong dan udang.
▶️ Perasakan dengan garam dan aji, diikuti dengan susu cair, last masukkan cendawan dengan tomato.
▶️ Kalau ada sos ikan boleh masukkan, takde abaikan je dan siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Kek Gula Hangus @ Sarang Semut Masak Guna Rice Cooker je. Hasilkan Sangat Sedap Elok Menjadi!
Siap untuk dihidang! Kalau nak extra pedas dan masam, boleh je tamabahkan cili dan air limau. Kalau masak tomyam tak sah kalau tak pedas dan masamkan. Tomyam ni kalau dengan bihun pun sedap, just celur je bihun pastu masukkan ke dalam kuah tomyam. Confirm semangkuk tak cukup!
Bahan makanan thai boleh juga dianggap diet kan, sebabnya menu tidak menggunakan minyak untuk menumiskan, dan bahan-bahan juga mengandugi halia, lengkuas , dan sayur, bahan-bahan bagus juga untuk kesihatan anda. Tapi kalau dah sedap sangat makan bermangkuk-mangkuk hilang diet jugakan.
Jarang orang melayu yang tidak suka dengan masakkan thai ini kan. Selepas ini kalau teringin nak makan tomyam tidak perlu pergi ke kedai thai, boleh je masak sendiri dirumah. Semoga resepi tomyam thai ini memberi manfaat untuk anda semua. Selamat memcuba!.