Resepi Roti Canai Boleh Buat Sendiri, Roti Yang Sedap Dan Lembut Hingga Ke Petang!

0 4,697

Roti canai ialah roti berbentuk bulat yang boleh didapati di negara Malaysia dan Singapura. Ianya dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Roti canai juga boleh dibuat sendiri dirumah, dengan mengikuti Resepi Roti Canai ini.

Kalau pergi ke kedai roti canai, sering kali dimakan dengan teh tarik atau teh ais, orang cakap combination ini memang sesuai sangat. Roti canai biasanya akan dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikan bilis.

Kalau di Kelantan, roti canai yang dimakan dengan kari akan dicampur dengan gula sedikit didalam kuah kari. Mungkin disebabkan orang Kelantan lebih suka kari yang manis untuk dimakan dengan roti canai.

Roti canai bukan sahaja dimasak kosong sahaja, ianya boleh dibuat roti telur, roti sardin, roti pisang, roti planta, roti telur bawang dan bermacam lagi. Boleh dikatakan orang kita memang suka makan roti canai ditambah lagi makan dengan kuah banjir.

Bagi membuat dohnya pula, perlu direndam didalam minyak atau planta. Sebab itu hidangan ini tidak berapa sihat, oleh kerana penggunaan minyak yang banyak tapi disukai ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika.

 

RESEPI ROTI CANAI

Doh roti canai bukan sahaja boleh dibuat bermacam roti canai, malah boleh juga dibuat martabak. Menggunakan doh yang sama cuma inti didalamnya yang berbeza serta kuah nya juga dimakan dengan cuka bawang.

photo6275943377447005712.jpg (960×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air

 

CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI CANAI

▶️ Campurkan semua bahan didalam air kecuali tepung, larutkan semua bahan sehingga sebati.

▶️ Selepas itu, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.

photo6275943377447005710.jpg (960×1280)

▶️ Uli menjadi doh dan rehat 10 minit. Kemudian uli lagi doh rehat sekejap dan uli lagi sampai doh licin dan kenyal.

▶️ Jika doh lembik boleh taburkan tepung dan uli sehingga sebati. kalau doh nampak keras renjis air sikit-sikit, sampai doh nampak lembut.

photo6275943377447005715.jpg (960×1280)

▶️ Selesai bahagian uli doh, bulat-bulatkn doh dan sapu marjarin pada doh yang dibulatkan. Masukkan ke dalam bekas.

▶️ Setelah siap, tuangkan sedikit minyak ke atas doh tadi.

photo6275943377447005708.jpg (960×1280)

▶️ Perap selama 4 jam ke atas. Lagi lama lagi lembut.

photo6275943377447005709.jpg (1051×1280)

▶️ Boleh canaikan doh menggunakan talam dan bentukkan dia.

▶️ Siap dibentuk boleh digoreng.

 

BACA JUGA : Resepi Satar Terengganu Yang Enak. Mewah Dengan Rasa Ikan, Patut Cuba Buat Sendiri!

 

Syok bila dapat buat sendiri, selalu beli je. Sebiji dah berapa ringgit sekarang, kalau makan mana cukup sebiji kena dua biji sorang tu pun kalau kenyang. Makan denga kari atau kuah dhal memang sedap, anak-anak pula suka makan dengan susu pekat.

36284294729.jpg (1200×800)

Roti canai boleh dibuat frozen, hanya masak separuh masak dan frozenkan sahaja. Kalau tidak pandai tebarkan roti canai boleh guna cara yang kami kongsikan ini, canai pada talam atau tudung periuk besar.

Buat roti canai tidak la susah, cuma memakan masa untuk perapkan dia sahaja. Kalau boleh guna bread maker pasti adunan lagi lembut dan mudah untuk disediakan cuma campak bahan sahaja didalamnya. Resepi roti canai ini boleh dicuba jika ingin membuat sendiri dirumah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.