Cara Buat Tauhu Begedil Intinya Padat. Resepi Yang Mudah Dan Simple Untuk Hidang Minum Petang!
Akhir-akhir ni memang popular betul tauhu begedil. Kalau dulu orang selalu buat tauhu sumbat je, tapi yang ni lain sikit tau. Resepi tauhu begedil menggunakan tauhu kering dan intinya pula keakan-akan begedil. Rasanya sangat sedap dan sesuai untuk hidangan minum petang hari ini.
Resepi tauhu berdegil ini menggunakan inti kentang tetapi ia boleh dicampurkan dengan isi ayam, udang dan sebagainya mengikut citarasa anda. Kalau kita tengok dekat tepi-tepi jalan ramai dah penjual yang menjual tauhu begerdil ini. Rasa yang unik menjadikan ramai orang suka makan.
Tauhu begedil lagi sedap makan dengan sambal kicap yang power. Yelah kalau beli asyik tak cukup, anak-anak pun laju je makan kadang-kadang sampai berebut-rebut sebab sedap. Jadi apa kata buat sendiri, bahan penyediaanya pun tidak lah renyah dan lebih jimat daripada beli dikedai.
Bagi menyedapkan rasa, terdapat bahan lain seperti cili, bawang holland, daun sup dan daun bawang di dalamnya. Semua bahan ini dikisar kemudian disumbat ke dalam tauhu, kemudian disalut dengan telur sebelum digoreng. Teksturnya cukup rangup diluar, didalamya pula dipenuhi inti yang padat dan lembut.
Disebabkan menu simple dan mudah, apa kata anda follow resepi yang dikongsi oleh cik puan Nuryusra Ibrahim Kutty dipostingnya di facebook. Step by step menu yang dikongikan ni lengkap dan sangat mudah yang baru nak belajar memasak.
RESEPI TAUHU BEGEDIL
Hidangan ini enak dijadikan sebagai pembuka selera atau juadah minum petang dan boleh juga dijadikan menu malam untuk mereka yang nak diet tak nak makan nasi diwaktu malam. Hidangan yang cukup mengenyangkan dan padu. Jom kita lihat bahan memasak untuk menu ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 40 biji tauhu kering
- 4-5 biji ubi kentang
- 1/2 biji bawang holland
- Ayam/daging kisar
- Bawang goreng
- Daun sup
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada hitam
- Garam (secukup rasa)
- Kiub Ayam
- 2 biji Telur (untuk menggoreng)
CARA PENYEDIAAN TAUHU BEGEDIL :
▶️ Tumis bawang bersama isi ayam, Dah masak asingkan ayam dan toskan minyak.
▶️ Masukkan bawang goreng, daun sup, serbuk lada putih, lada hitam, kiub ayam, garam dan gaulkan bersama kentang dan ayam yang telah dikisar.
▶️ Gaul rata sehingga sebati semua bahan.
▶️ Tauhu kering potong X.
▶️ Kemudian, sumbat kentang dalam tauhu.
▶️ Pecahkan telur dan kacau. Gaulkan telur dgn tauhu yg telah disumbat dan goreng hingga telur agak garing. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kudapan Spicy Salted Egg Cornflakes Yang Ranggup Dan Berlemak Masim. Sangat Sedap Anda Mesti Try!
Siap untuk dihidang! Tauhu begedil sangat sedap makan dengan panas-panas confirm sepinggan tak cukup. Inti tauhu begedil ini boleh dipelbagai mengikkut cita rasa masing-masing, kalau tak nak letak kentang pun boleh, boleh sumbat ayam, daging dan sayur sahaja pun boleh.
Tauhu begedil ini boleh dijadikan makanan tengah hari jika akan tidak sempat nak hidangan menu lain, selain, tauhu begedel ini dapat mengenyakan ia juga dapat meningkatkan pengeluran tenaga dan mempunyai kandungan protein yang tinggi untuk tubuh badan.
Jadi kepada pengemar tauhu, apa kata anda cuba resepi tauhu bedegil yang super sedap ini. Semoga dengan pengkongsian ini dapat memberi inpirasi untuk anda semua. Boleh cuba bila-bila masak dan share supaya orang lain dapat manfaat juga daripada resepi ini. Selamat mencuba!