Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dibuat, Makan Pula Dengan Sambal Kicap Letup Memang Terangkat Habis!

0 3,729

Beli tauhu tapi tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba Resepi tauhu berlauk ini. Pasti akan jatuh cinta dengan rasanya. Cicah pula dengan sambal kicap pedas memang lagi kick habis lah!

Mungkin sesetengah orang tidak berapa suka makan tauhu, sebab rasanya yang plain  sahaja. Dalam hidangan ini menggunakan dua jenis tauhu iaitu tauhu telur dan tauhu basah yang akan dikisar dan dicampur dengan sayur dan ayam.

Tauhu atau dipanggil tofu diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya untuk dijadikan tauhu. Makanan ini menjadi kegemaran rakyat Korea, jepun dan china, tapi tidak lupa juga dia Asia pun banyak kegunaan tauhu dalam masakan.

Tofu telur merupakan sejenis tauhu, walaupun dibuat menggunakan telur dan bukan kacang soya tapi tetap dibangi tofu. Ianya sangat lembut dan sedap dimasak sup atau digoreng dengan sayur. Rasanya macam telur putih yang sangat lembut.

Sebenarnya pelbagai jenis masakan yang sedap boleh dibuat menggunakan tauhu, cuma tidak semua menyukai rasanya plain. Resepi tauhu berlauk ini dari perkongsian Asmida Nor, cukup mudah untuk dibuat.

 

RESEPI TAUHU BERLAUK

Rasa tauhu berlauk ini sangat sedap dan lembut seperti makan nuget. Kalau nak rasa lagi sedap, bancuhan telur dicampur dengan tepung bestari akan buat tauhu rasa seperti makan ayam Kentucky.

photo6228600884951100403.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 4 ketul tofu telur ( dikisar )
  • 3 biji tauhu lembut ( dikisar )
  • 3 biji telur ayam
  • Isi ayam ( dikisar )
  • Bawang holland (dipotong dadu )
  • Carrot (disagat)
  • Daun sup (diracik)
  • Pati kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih

photo6228600884951100413.jpg (960×720)

CARA-CARA PENYEDIAAN TAUHU BERLAUK

▶️ Kisar tofu telur, tauhu lembut, telur ayam, dan isi ayam. Kisar sampai semua hancur dan sebati.

photo6228600884951100410.jpg (720×960)

▶️ Selepas itu, masukkan bahan kisar kedalam mangkuk dan campurkan carrot, daun sup dan bawang holland. Kacau sampai sebati semua bahan.

photo6228600884951100409.jpg (720×960)

▶️ Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati.

photo6228600884951100404.jpg (720×960)

▶️ Kemudian, masukkan kiub pati ayam. Kiub boleh juga dicampur sekali dalam bahan kisar tadi, supaya dapat dicampur sebati.

photo6228600884951100406.jpg (720×960)

▶️ Boleh masukkan kedalam acuan lompang atau loyang untuk dikukus. Kukus selama 15 hingga 20 minit.

▶️ Boleh digoreng dengan telur seperti tauhu bergedil. Siap.

 

Bahan-bahan untuk sambal kicap :
  • 5 biji cili api
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula
  • Sesikit garam
  • Sedikit sos ikan atau jus limau
  • Kicap secukupnya

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP

▶️ Goreng dahulu sekejap cili sampai kulit menjadi kering.

▶️ Kemudian tumbuk halus bawang dan cili, masukkan bahan perasa yang lain sehingga secukup rasa.

 

BACA JUGA : Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung, Kudapan Yang Sedap Dan Sihat Menggunakan Cendawan!

 

Sedapnya! Tak sabar nak makan, dah macam nuget ada tauhu bergedil pun ada. Cicah pulak dengan sambal kicap yang super marvelous ni memang kick habislah! Bila buat sendiri pasti puas hati sebab boleh buat sesedap yang kita nak.

987635627272728728.jpg (1200×800)

Nak goreng tauhu berlauk ni boleh juga salut dengan bread crumbs atau boleh juga guna bancuhan tempura, jadi ala-ala Nuget gitu. Ranggup diluar lembut didalam, fuh! Sedap betul.

Orang yang pertama kali try resepi tauhu berlauk ni pun akan jatuh cinta dengan rasanya. Yelah! Benda sedap memang akan teringat-ingat. Boleh follow resepi ini untuk dijadikan santapan untuk keluarga!

Leave A Reply

Your email address will not be published.