Resepi Mee Goreng Yang Simple Dan Special. Anda Wajib Cuba!

0 3,423

Teringin nak makan mee kuning sabah. Tapi susah nak dapat stock mee di semenanjung. Jadi terpaksa guna mee  kering. Teksturnya hampir sama dengan mee kuning sabah juga tetapi sedikit kenyal. Mee kering ini juga sedap di goreng kering ataupun basah, jadi apa kata kita cuba resepi mee goreng kering yang sangat simple dan sedap ini.

Sangat mudah nak masak mee goreng ini. Nak campur udang, ayam dan sayur sebanyak mana pun boleh. Cara memasaknya pun ada pelbagai. Macam-macam versi tetapi masing-masing ada keenaknya yang tersendiri. Mee kering ini lagi sedap dimasak kering kerana tekstur sedikit kenyal berbanding mee kuning yang biasa kita makan.

Kalau sebut mee goreng mesti teringat mee goreng mamak kan. Tetapi resepi ini berbeza sedikit daripada mee goreng mamak, kerana kita tidak mengunakan mee telur. Mee kering ini mesti direbus terlebih dahulu supaya ia lembut dan mudah digoreng. Resepi mee goreng kering ini ditumis dulu dengan bawang dan rencah lain kemudian dicampur pula dengan ayam ataupun udang.

Jika anda tidak makan seafood boleh gantikan dengan ayam sahaja. Walaupun digantikan dengan ayam namun cara memasak tetap sama. Hidangan ini juga boleh hidang pada bila-bila masa sama ada untuk petang ataupun makan malam. Pasti anak-anak akan suka makan mee goreng ini.

Disebabkan cara penyediaan resepi ini sangat mudah, apa kata kita follow resepi yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu cik puan Yaqut As. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang mudah ini. Jom kita masak!

 

RESEPI MEE GORENG YANG SPECIAL 

Jika anda suka mee kuning biasa, anda boleh gunakan mee kuning tersebut, tetapi mee tersebut perlu direbus terlebih dahulu. Ia nya salah satu cara adalah dapat menghilangkan bau kapur yang ada pada mee tersebut. Jom kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1 peket mee kering
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap mee
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak bijan
  • Ayam atau udang
  • Pakchoi

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG : 

▶️ Langkah pertama, tumis bawang putih yang sudah dilenyek sampai wangi dan keemasan.

▶️ Bila bawang dah wangi, masukan kicap dan sos dan gaul sebati.

▶️ Lepas tu, masukan udang.

▶️ Masukan 1/2 cawan air, gaul dan biarkan sebentar. Bagi udang tu masak separuh.

▶️ Bila udang tu dah half cook, masukan mee. Gaul lagi, sampai semuanya mesra.

▶️ Selepas itu, boleh masukkan sayur.

▶️ Sebelum tutup api, jangan lupa letak minyak bijan pada mee goreng kita ya. Supaya mee goreng kita wangi dan menyelerakan.

▶️ Setiap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Paprik Pedas Yang Simple Dan Sedap. Sekali Makan Nak Lagi Dan Lagi!

 

Siap dihidang panas-panas. Kalau ada bawang jeruk boleh taburkan dibahagian atasnya. Lagi sedap jika makan dengan cili jeruk, rasa masam-macam pedas sedikit, ini dapat membangkitkan lagi serela untuk makan. Jika anda tidak suka, anda tidak perlu meletakknya.

Kebiasaan anak-anak lebih suka jika ada fish cake dalam mee goreng, terpulang pada nak letak ataupun tidak. Nak makan dengan telur mata pun boleh seperti gambar diatas. Resepi ini sangat ringkas, pasti menjadi kesukaan suami dan anak-anak nanti. Asyik makan nasikan,  jadi boleh tukar selera kepada hidangkan mee pula.

Mee goreng ini bila dihidang panas-pasas pasti akan bertambah-tambah. Lepas ini nak cari mee goreng macam mamak, tak perlu keluar beli boleh buat sendiri lagi sedap dan boleh makan puas-puas. Semoga resepi mee goreng ini dapat memberi manfaat pada semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.