Resepi Biskut Cornflakes Choc Chip Yang Ranggup. Resepi Yang Mudah Dan Senang Untuk Dibuat!

0 2,465

Semakin dekat nak raya mesti ibu-ibu tengah fikir nak buat biskut apa untuk raya nanti kan? Apa kata cuba Resepi Biskut Cornflakes Choc Chip yang ranggup dan sedap ini.

Walaupun kita tahu hari raya tahun ini agak berbeza dari tahun sebelum ini, tapi raya tetap raya. Raya dalam PKP pun kena ada biskut raya di atas meja supaya suasana raya tidak hilang.

Mungkin ramai yang tahu kalau biskut yang ditambah cornflakes akan rasa lebih crunchy bila dimakan. Yang pasti anak-anak akan suka dengan biskut ini. Tak hairanlah kalau buat berbalang-balang pon boleh habis.

Kadang-kadang tak tunggu hari raya pun kita boleh buat biskut cornflake ni sebagai kudap-kudapan untuk dimakan depan tv. Bukan anak-anak je suka, dengan kita pun sama-sama suka.

Resepi biskut cornflakes choc chip yang dikongsi oleh Norhayati Basri ini sangat mudah untuk dibuat. Mana nak cari biskut yang mudah dan cepat dibuat tambah pulak sedap ya amat!

 

RESEPI BISKUT CORNFLAKES CHOC CHIP

Jom cuba resepi biskut cornflakes choc chip ni, senang sangat tau! Buat biskut raya boleh jadi satu aktiviti dengan anak-anak pada bulan puasa selain dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • 150g margarine/butter
  • 150g tepung gandum
  • 60g gula kastor
  • 65g cornflake
  • 60g choc chip
  • 30g sunflower seed
  • Esen vanilla

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT CORNFLAKE CHOC CHIP : 

▶️ Masukkan butter dan gula. Pukul sehingga kembang.

▶️ Selepas itu, masukkan cornflakes. Sebatikan.

▶️ Masukkan tepung gandum. Sebatikan.

▶️ Kemudian, masukkan choc chip, sunflower seed dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

▶️ Boleh bulatkan mengikut saiz yang diingini dan susun didalam tray.

▶️ Bakar mengikut kesesuaian oven masing-masing. 140oc selama 30 minit.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Talam Keladi Yang Enak. Warna Unggu Memukau Yang Lembut Dimakan!

 

Bagi pengemar biskut cornflakes mesti wajib cuba resepi ni. Bau dia masa dibakar dah semerbak satu rumah. Bila buat biskut yang sedap pasti tak membazir dari beli mahal-mahal tapi rasa tepung je lebih.

Resepi ni boleh diolah mengikut citarasa sendiri, nak tukar sunflower seed ke kacang badam pon boleh. Biskut ini boleh juga dijadikan perisa coklat, Cuma tambah serbuk koko sahaja dalam adunan. Mudahkan?

Resepi biskut cornflakes choc chip yang diminati ramai ini sangat senang dan mudah untuk dibuat. Jadi ibu-ibu boleh lah cari bahan-bahan untuk buat biskut raya ni. Mesti sedap! Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.