Resepi Popia Sira Sambal Manis. Sesuai Dijadikan Hidangan Minum Petang. Makan Sejuk Pun Kekal Rangup!

0 6,099

Popia sira sambal manis salah satu kuih yang diminati ramai, kulit popia yang rangup dan sambal yang pedas-pedas manis memang sedap sangat. Resepi Popia Sira Sambal Manis memang mudah untuk dibuat cuma ikut resepi ini sahaja.

Biasanya inti popia sira menggunakan sayur yang digoreng dan dibalut dengan kulit popia, digoreng sehingga masak dan disalut dengan sambal pedas-pedas manis ditabur pula dengan bijan dan bawang goreng di atasnya.

Popia sira adalah salah satu kuih yang simple tapi memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan keranggupan kulit popia walaupun sudah disalut dengan sambal manis.

Ibu-ibu boleh cuba untuk resepi popia sira sambal manis untuk dimakan bersama keluarga atau untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Resepi kali ini dikongsi oleh Zahirah Zaihan.

Kalau sebelum ni, asyik beli je kalau nak makan, kali ni bila dah tahu resepi nak hasilkan popia sira ni, bolehlah buat sendiri. Kalau buat lebih, hantar kepada jiran tetangga sebagai juadah berbuka puasa.

 

RESEPI POPIA SIRA SAMBAL MANIS

Resepi popia sira sambal manis ini hanya menggunakan sayur dan udang geragau. Tetapi jika ibu-ibu ingin mengolah dengan meletakkan isi ayam atau sosej boleh ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
Bahan-bahan untuk inti :
  • Dengkuan ( sagat )
  • Lobak merah ( sagat )
  • Taugeh ( kalau suka )
  • 2 sudu udang geragau
  • 5 ulas bawang putih ( kisar halus )

 

Bahan-bahan untuk sambal :
  • 5 ulas bawang putih ( kisar halus )
  • 5 sudu cili kisar
  • 1 sudu biji bijan
  • Sos cili
  • 5-7 sudu gula ( ikut citarasa nak manis mana )

 

Bahan-bahan lain :
  • Kulit popia
  • Bawang goreng

CARA-CARA PENYEDIAAN POPIA SIRA SAMBAL MANIS : 

▶️ Mula-mula panaskan minyak, tumis udang geragau sekejap.

▶️ Seterusnya masukkan bawang putih. Tumis sehingga wangi dan masukkan sengkuang dan lobak merah.

▶️ Kemudian, perasakan dengan garam dan gula. Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Toskan bagi keluar minyak dan air.

▶️ Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi, baru masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak.

▶️ Seterusnya, masukkan sos cili dan serbuk perasa. Kacau rata.

▶️ Kemudian, masukkan gula dan tumis sampai berbuih baru masukan bijan. Kacau dan biarkan sejuk.

▶️ Apabila inti sudah sejuk, bolehlah dibalut dengan kulit popia.

▶️ Selepas itu, panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng sehingga garing. Toskan dan sejukkan.

▶️ Akhir sekali, boleh masukkan popia goreng kedalam sambal. Gaul sehingga rata dan tersalut semua. Susun dan taburkan bawang goreng.

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap. Aromanya Harum Dan Membangkit Selera!

 

Untuk mengoreng popia perlulah menggunakan api sederhana dan jangan terlalu kuat. Kulit popia terlalu nipis dan sangat mudah untuk garing apabila mengoreng jika tidak menjaga api ketika memasak.

Bahan untuk inti perlulah ditoskan sehingga kering supaya kulit popia tidak basah dan semasa mengoreng sayur tidak mengeluarkan air yang akan menjadikan popia lembik dan tidak ranggup nanti.

Resepi popia sira sambal manis sangat senang dibuat Cuma agak susah untuk mendapatkan kulit popia yang ranggup selepas disira sebab ada tekniknya. Tapi ibu-ibu boleh mencuba dengan tips yang kami telah berikan ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.