Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Penang Style. Sekali Makan Tak Cukup Sepinggan!
Nasi tomato dan ayam masak merah memang agak femes kalau musim-musim kenduri ni selain nasi minyak. Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah ini cukup simple untuk dibuat dan sangat sedap.
Nasi tomato memang sedap kalau dimakan dengan ayam masak Merah ni, orang kata perfect combination lah! Asyik makan nasi putih je, kali ni cuba ibu-ibu masak nasi tomato pula, pasti anak-anak suka.
Nasi tomato biasanya akan dimakan bersama dengan ayam masak merah dan acar timun dah sedap, belum makan dengan gulai kawah lagi. Lagi macam nasi kenduri dah. Sedap nasi kenduri tu macam tak boleh nak habaq la.
Nasi tomato bukan salah satu hidangan yang dimakan setiap hari, tetapi nasi tomato merupakan hidangan yang sering dijumpai apabila majlis kenduri atau dalam upacara majlis makan-makan.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri nasi tomato dan ayam masak Merah dirumah. Sebenarnya tak susah mana nak buat nasi tomato ni. Ibu-ibu boleh cuba resepi nasi tomato dan ayam masak merah yang dikongsi oleh Saiful Nasuha.
RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH PENANG STYLE
Nasi tomato merupakan satu hidangan yang sesuai untuk dibuat untuk santapan pada hari raya atau majlis makan-makan. Nasi tomato sangat sedap dan lauknya dah tak perlu pening nak fikir lagi sebab kebiasaan lauk ayam masak merah, acar timun dan gulai daging sahaja.
Bahan-bahan untuk ayam masak merah :
- 1/2 ekor Ayam
- 5 biji Bawang merah*
- 1 biji bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inch halia*
- 1 inch lengkuas*
- Cili kering segenggam*
- 2 tangkai cili besar merah*
- 1 keping asam gelugur
- 2 rgt badam (direndam dgn air panas & dibuang kulitnya)
- 2 rgt gajus
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar rempah sup
- Susu cair secukupnya
- Sedikit tomato soup heinz
- Sedikit minyak sapi
- Minyak masak secukupnya
- 4 sekawan
- Daun pandan
- Daun pudina
- 2 batang serai diketuk
- Garam & serbuk perasa
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :
▶️ Mula-mula Kisar halus bahan yang bertanda *
▶️ Goreng ayam setengah masak dan ketepikan
▶️ Selepas itu, Kisar gajus & badam. ketepikan
▶️ Kemudian, Tumiskan bahan kisar *, 4 sekawan, daun pandan, daun pudina,serai, rempah daging & rempah sup bersama minyak ayam goreng tadi dan sedikit minyak sapi sehingga pecah minyak.
▶️ Selepas itu, Masukkan sedikit air
▶️ Masukkan asam gelugur. Masukkan susu cair dan tomato heinz
▶️ Kemudian, Masak sehingga mendidih
▶️ Masukkan garam & serbuk perasa
▶️ Masukkan gajus & badam yg dikisar halus dan masukkan ayam yang digoreng tadi
▶️ Tambahkan air jika pekat dan masak sehingga mesra
Bahan yang diperlukan untuk nasi tomato :
- Beras 4 cup
- Susu cair 2 cup
- Tomato heinz 2 cup
- Air secukupnya
- Garam
- Serai ketuk
- Daun pudina
- Daun pandan
- 4 sekawan
- Minyak sapi
- Minyak masak
Bahan kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI TOMATO :
▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak
▶️ Selepas itu, masukkan 4 sekawan, daun pudina, daun pandan, serai ketuk. Tumis sampai naik bau
▶️ Kemudian, masukkan bahan kisar. Tumis sampai kekuningan
▶️ Masukkan sukatan susu cair, tomato heinz, air, garam secukupnya dan masak smpai naik wap
▶️ Masukkan beras. Tunggu sehingga nasi masak.
BACA JUGA : Resepi Simple Buat Puding Sagu Pelangi. Sedap Dimakan Sejuk!
Harumnya bau nasi tomato ni! Tengok pun dah meleleh air liur, macam tak sabar nak makan nasi tomato. Nasi tomato kalau dah sedap makan nasi sahaja pun dah cukup selera, belum lagi makan dengan ayam masak merah.
Bahan utama untuk nasi tomato ialah, sup tomato, Susu cair dan minyak sapi. Bahan ini akan menyedapkan lagi rasa nasi tomato. Tapi jika tak ada minyak sapi, boleh je ditukar kepada mentega. Sup tomato boleh ditukar kepada tomato puree.
Kalau tengok pada bahan-bahan nampak macam rumit sangat nak masak nasi tomato ni, tapi sebenarnya tidaklah begitu rumit. Follow je resepi nasi tomato dan ayam masak merah yang telah disediakan ni, pasti ibu-ibu dapat hasil memuaskan nanti. Selamat mencuba!