Cara Buat Tart Cadbury Sedap Dan Mudah. Biskut Raya Mewah. Makan Sebijik Confim Tak Cukup!

0 26,765

Resepi Tart Cadbury menggunakan coklat Cadbury sebagai filling untuk biskut tart ini. Resepi yang agak simple tapi sangat sedap dengan kaya rasa coklat Cadbury.

Cara pembuatan biskut tart cadbury sangat mudah hanya perlu membuat adunan doh untuk kulit tart sahaja kemudian digulung dengan coklat Cadbury di tengah-tengah tart tersebut.

Coklat Cadbury pula biasanya diguna yang jenis Cadbury yang mini bites tu, biasanya dijual didalam botol atau peket dan bukan yang berbentuk bar. Cadbury yang berbentuk mini bites saiznya dah elok untuk saiz acuan tart.

Perkongsian resepi tart Cadbury ini daripada  perkongsian Iza Afiza di facebooknya. Hasil dari perkongsian resepi ini, hasil tart cadburynya sangat sempurna sekali.

Nak tart Cadbury nampak cantik, kena gunakan pewarna purple dalam adunan doh.  Kenapa warna purple? Sebab untuk sama warna dengan plastik coklat Cadbury tu. Biskut akan nampak lebih menarik dan menonjol dengan warna purple.

 

RESEPI TART CADBURY

Pasti ramai yang tertanya-tanya coklat Cadbury tu cair ke tak masa dibakarkan. Coklat tak cair, cuma perlu rehatkan tart tu selepas dibakar, jangan masa panas-panas dah ambik masuk bekas. Biarkan seketika bagi sejuk dan coklat cadbury mengeras sekejap.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 250gm Butter
  • 2 Sudu besar Gula Aising
  • 1 Telur Kuning
  • 1/2 sudu kecil Esen Vanila
  • 400gm Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • Coklat Cadbury
  • Almond nibs
  • *tambah sedikit pewarna ungu

CARA-CARA PENYEDIAAN TART CADBURY :

▶️ Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati.

▶️ Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh.

▶️ Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.

 

▶️ Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan.

▶️ Taburkan almond nibs ke atas tart sebagai hiasan.

▶️ Bakar selama 15 minit pada suhu 170°c

 

BACA JUGA : Resepi Laksam Hipster. Warna-warni Tapi Rasa Tetap Sedap!

 

Pasti semua dah tak sabar nak makan tart Cadbury ni, dengan warna purple yang memukau dan coklat Cadbury didalam. Sedapnya! Siapa yang tak suka dengan coklat Cadbury ni, satu balang boleh berebut-rebut budak-budak ni.

Jika ibu-ibu tak mahu tabur almond nibs diatas tart boleh sahaja ditukarkan dengan sapuan kuning telur atau tabur coklat rice diatas tart untuk bagi nampak menarik tart Cadbury tu.

Resepi tart Cadbury ini sangat mudah untuk ibu-ibu follow dan mencuba. Cuma perlu buatkan adunan doh untuk tart sahaja dan digulung dengan coklat Cadbury. Selamat me

Leave A Reply

Your email address will not be published.