Resepi Gulai Kerutuk Telur Style Kelantan Yang Sangat Padu. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Pernah makan masakan kerutuk? Kebiasaanya masakan kerutuk ni mengunakan ayam atau daging. Tapi kali kita kongsikan resepi kerutuk telur style kelantan. Masakan ni dikatakan tersohor dinegeri pantai timur. Rasanya yang manis masim dan berlemak memang membuka selera untuk menikmatinya.
Memang tak terkata nikmatnya dapat gaul kuah yang pekat dengan nasi putih panas-panas kan. Selain makan dengan nasi putih, nak cicah kuah dengan roti pun ngam juga. Sangat padu rasanya. Sekali sekala nak ubah selera dari kerutuk daging atau ayam kepada kerutuk telur tidak menjadi masalah. Semuanya sedap dan mempunyai rasa yang tertentu bergantung pada jenis lauk yang kita gunakan.
Bahan yang digunakan untuk memasak gulai kerutuk ni pun tidak renyah. Malah cara penyediaan resepi ni sangat mudah dah simple. Semua orang pasti boleh masak hidangan ni. Step pertama ialah telur direbus sehingga masak. Kemudian kupas dan goreng seketika sahaja untuk elakkan telur cpeat pecah dalam gulai.
Selain tu, yang menambah sedap kerutuk telur ni ialah rempah menggunakan rempah kelantan. Tapi kadang-kadang susah nak dapatkan stok rempah ni di tempat lain melainkan belian atas talian. Namun anda tak perlu risau boleh gantikan dengan rempah lain seperti rempah kari atau campuran rempah kari dan kurma.
Dapatlah juga membantu memberikan aroma seakan kerutuk dalam masakan. Sudah tentu rasanya berbeza, Tapi masih ada aroma rempah lain lagi yang akan menaikkan lagi rasanya. Resepi yang simple dan sedap ni dikongsikan oleh Cik Puan Suhasnida Ismail. Terima kasih pada beliau kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap ni. Jom masak!
RESEPI GULAI KERUTUK TELUR
Hidangan kerutuk boleh dihidang pada bila-bila masa. Kalau anda kekeringan idea untuk sajian makan malam boleh cuba resepi. Tak perlu nak siang ayam or ikan dah. Resepi yang menggunakan telur yang paling simple. Malah jika dihidangkan pada keluarga pasti berselera mereka makan. Silap-silap boleh tambah-tambah.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 10 biji telur (direbus)
- 1 biji bawang Holland (hiris & tumis)
- 1 batang serai (ketuk)
- 4 biji bawang merah (diblend)
- 2 ulas bawang putih
- Sehiris halia
- Serbuk Perasa & Rempah
- Sehiris lengkuas (ketuk)
- Secubit jintan putih
- Secubit serbuk ketumbar
- 3 sudu rempah kerutuk Kelantan
- 1/2 kping nisan kerek
- 1 sudu garam
- 1/2 tsp serbuk perasa
- 1sudu kerisek
- Secubit asam jawa +air
- Minyak untuk menumis
- Secawan air
- 130ml santan pekat
CARA PENYEDIAAN GULAI KERUTUK TELUR :
▶️ Rebus dan goreng telur. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan yang di hiris dan serai.
▶️ Kemudian masukkan bahan blend. Dan tumis sampai pecah minyak.
▶️ Masukkan cili blend. Tumis lagi dengan api kecil.
▶️ Kemudian masukkan rempah kerutuk dan air asam jawa. Tumis rempah ni sampai pecah minyak dan masak. Pastikan rempah ni masak supaya tak sakit perut.
▶️ Masukkan nisan, gula garam dan serbuk perasa. Masukkan santan pekat.
▶️ Kemudian masukkan telur, bila kuah dah mula pekat. Tambah perasa secukupnya.
▶️ Siap dan selamat mencuba!
BACA JUGA: Resepi Asam Laksa Ala Food Court Yang Padu Dan Sedap. Masam Manis Pedas Secukup Rasa, Patutlah Ramai Orang Suka!
Tada dah siap! Masakan gulai kerutuk memang sesuai nak padankan dengan segala macam hidangan. Biasanya sedap dihidangan dengan nasi minyak kenduri, nasi briyani dan macam-macam lagi. Dengan aroma rempah dan kepekatan, dijamin semua pasti sukakan lauk ni.
Selain makan dengan nasi putih panas-panas. Kalau nak hidangkan dengan nasi berperisa pun sedap. Lepas tu boleh padankan dengan ulaman atau ikan goreng jika dan suka. Masakan yang simple boleh dijadikan masakan istimewa untuk keluarga anda. Jika anda ingin mencuba resepi ni boleh follow resepi yang dikongsikan diatas.
Cara masaknya tak lah susah sebenarnya. Walaupun agak bahannya yang digunakan. Tapi semuanya mudah je nak disediakan. Semoga dengan perkongsian resepi kerutuk telur ni memberi anda manfaat. Boleh share resepi ni kepada kawan-kawan supaya sama-sama dapat manfaat darinya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!