Resepi Biskut Coklat Almond Crunchy. Kudapan Kayangan Yang Sedap Dan Rangup Untuk Anak-Anak!

0 2,694

Sebut je biskut coklat pasti ramai yang mengemarinya. Jarang kita jumpa orang yang tak suka makan biskut coklat ni. Lagi-lagi yang rangup dan ada almond atau badam ni. Pada yang penggemar biskut coklat. Jom cuba resepi biskut coklat almond crunch yang sedap ni. Biskut sesuai dijadikan kudapan santai bersama keluarga tersayang.

Rasa kudapan biskut coklat almond crunch ni memang crunch dan lembut je lebih-lebih lagi bila buat sendiri. Penuh dengan rasa coklat dan badam. Yang menariknya resepi ni, ada menggunakan tepung naik sendiri yang membuatkan biskut ni mengembang cantik dan rangup. Selain jadikan kudapan santai, biskut ni boleh jadi idea untuk buat masa hari raya nanti.

Selain sedap, tekstur biskut coklat almond ni juga menarik. Adunan bahan yang digunakan dapat hasilkan bentuk cantik dan berkilat. Bila dihidangkan tu, nampak cantik je warna coklat ni. Macam biskut yang mahal. Sangat sesuai dihidangan pada hari raya atau sebagai sajian untuk tetamu yang datang berkunjung dirumah.

Jom follow perkongsian daripada salah seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zahirah Ahmad. Dengan menggunakan resepi yang diberikan. Biskut coklat almond ni dapat menghasilkan lebih kurang 150 biji biskut. Boleh buat stock dan disimpan dalam balang. Confirm bila dah siap kejap je habis sebab semua orang suka makan.

Walaupun cara penyediaan biskut ni agar panjang dan agar makan masa, tapi rasanya memang berbaloi sebab dapat hasilkan sekali banyak dan sedap. Rugi pun kalau anda tidak buatnya kat rumah. Boleh juga ajak anak-anak tolong, pasti laju semua nak buat biskut ni.

 

RESEPI BISKUT COKLAT ALMOND CRUNCHY

Saiz biskut almond rangup ni terpulang pada anda dan citarasa masing-masing. Tapi lebih elok kalau buat saiz bulat dan kecil. Masa nak bakar pun lebih jimat dan nanti akan mengembang juga. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi dibuat.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • 400 gm salted butter (simpan kertas bungkusan)
  • 350 gm caster sugar
  • 525 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm serbuk koko
  • 80 gm coklat masakan (dicairkan guna double boiler)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 sudu teh paras bicarbonate of soda
  • 150 gm badam cincang (almond nibs – dibakar suhu 100C selama sejam)

CARA PENYEDIAAN BISKUT COKLAT ALMOND CRUNCHY :

▶️ Masukkan mentega bersama gula caster ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan soda bicarbonate dan pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sebati.

▶️ Masukkan coklat yang sudah dicairkan. Pukul rata. Kemudian masukkan serbuk koko dan gaul dengan kelajuan perlahan sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati. Pukul pada kelajuan tinggi selama beberapa saat.

▶️ Akhir sekali masukkan badam yg telah dibakar dan disejukkan. Gaul sebati sehingga menjadi doh lembut.

▶️ Simpan doh sebentar ke dalam peti sejuk selama sejam. Sediakan kertas mentega dan plastik untuk membungkus.

▶️ Keluarkan doh yang telah disejukkan dan ambil anggaran satu senduk nasi kemudian bentukkan selinder berdiameter ukuran duit 50 sen atau 20 sen mengikut pilihan.

▶️ Bungkus dengan kertas mentega atau plastik yang telah disediakan. Kemudian simpan ke dalam freezer.

▶️ Buat sehingga habis adunan. Bekukan selama 5 jam atau semalaman ke dlm freezer. Selinder adunan boleh disimpan sehingga 1 minggu di dalam freezer.

▶️ Sediakan dulang pembakar beralas baking paper yg digris kemudian keluarkan satu selinder doh yang telah dibekukan. Panaskan oven pada suhu 165C sekurang kurangnya 20 minit sebelum dimasukkan hirisan biskut untuk dibakar.

▶️ Hiris doh setebal 3-5 mm dengan menggunakan pisau tajam dengan cara menekan. Susun ke dalam dulang yang disediakan berjarak 1.5 – 2 inci supaya dapat mengembang.

▶️ Masukkan ke dalam oven yg sedang dipanaskan dan bakar selama 20 – 25 minit (mengikut oven masing-masing)

▶️ Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara.

 

BACA JUGA: Cara Masak Ayam Goreng Cili Kering Style Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Yummy! Siap dah kudapan yang sedap untuk keluarga anda. Tekstur sangat cantik dan comey je. Kalau setiap gigitan pasti rasa lemak manis coklat dan terasa almond yang rangup tu. Biskut coklat almond ni kalau sekali makan, boleh habis sebekas dibuatnya.

Bagi yang suka coklat memang rugi kalau anda tidak mencubanya dirumah. Bahan penyediaan pun tidak renyah. Kalau nak jadikan kudapan bersama keluarga memang resepi yang patut anda cuba. Yang tidak pernah buat biskut ni. Jangan risau follow je step-step yang dikongsikan ni. Pasti anda akan teruja dengan hasilnya nanti.

Semoga dengan perkongsian resepi coklat biskut almond yang ranggup ni memberi anda manfaat. Kalau anda sukaan resepi ni boleh save dulu. Nanti jika ada kelapangan boleh cuba resepi ni dirumah pula. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.