Resepi Puding Marble Yang Simple Dan Marvelous. Syok Dinikmati Waktu Sejuk-Sejuk!
Nak sesuatu yang menyegarkan tekak anda? Jom cuba resepi puding marble dirumah. Menu yang sangat simple dan sedap. Makan sejuk-sejuk memang syok sangat. Puding merupakan salah satu menu yang sangat digemari ramai kerana rasa yang menyegarkan dan tekstur yang sangat lembut.
Puding ataupun pencuci mulut adalah bahagian terakhir dihidangkan selepas makan. Dan biasaya makanan tersebut sangat lazat. Puding juga mempunyai banyak perisa dan banyak jenis. Antara puding famous ialah puding jagung, puding cermin, puding pandan dan termasuk puding marble ni sendiri.
Memang tidak disangkal lagi puding marble ni antara pemanis mulut yang ramai penggemarnya. Dapat pula corak marble yang cantik warnanya. Mau tak anak-anak buka tutup peti sejuk berulang-ulang. Rasanya yang manis dan berlemak tu yang sedap.
Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Manakala cara penyediaan resepi ni juga cukup simple. Untuk dapatkan corak marbel tu guna bancuhan serbuk koko. Yang ni kena ikut kreativiti anda masing-masing untuk dapatkan corak macam tu. Tapi rupa tak penting janji sedap.
Puding marble dari resepi Cik Puan Surianti Ramli ni bukan sekadar puding biasa tau. Lengkap dengan rasa. Memang nikmat je makan sejuk-sejuk. Nak hidangkan pada hujung minggu ni memang sesuai sungguh. Pasti suami dan anak-anak akan suka makan
RESEPI PUDING MARBLE
Tak susah sebenarnya nak buat corak marble ni, jarang orang buat tak menjadi. Ianya sebenarnya mengikut citarasa anda. Pasti anda dah tak sabar untuk mencubanya! Jadi apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 10 gm agar-agar serbuk
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
*didihkan bahan diatas.
Bahan kisar (guna blender) :
- 2 biji telur
- 4 keping roti (carikan)
- 3/4 cawan susu cair
- 5 sb susu pekat
- 1/2 cawan air
*satukan semua bahan dan kisar sebati.
Bahan lain :
- 2 sudu serbuk koko dan 2 sudu air panas dibancuh menjadi pes
- 1 sudu besar mentega
- 1 sudu teh esen vanila
CARA PENYEDIAAN PUDING MARBLE :
▶️ Masukkan bahan kisar ke dalam agar-agar didih tadi. Kacau sebati dalam api perlahan. Masukkan esen vanila dan mentega. Matikan api.
▶️ Bahagi dua adunan, satu warna asal dan satu lagi dicampur pes koko.
▶️ Basahkan acuan dan sendukkan adunan berselang seli warna asal dan koko. Buat hingga habis. Tidak perlu diratakan kerana adunan akan merebak sendiri ke tepi.
▶️ Biar beku dan boleh dimasukkan dalam peti sejuk. Potong, sedia dihidang.
BACA JUGA: Resepi Ikan Percik Yang Simple Dan Mudah. Salutan Kuah Percik Yang Paling Padu Dan Lazat!
Wah dah siap! Nak hasilkan corak marble ni anda boleh menggunakan warna mengikut citarasa anda. Ada yang buat 3 warna. Serbuk koko ni antara yang paling famous orang selalu buat. Dan kalau nak tambah warna lagi ada yang letakkan pewarna merah, hijau atau biru.
Hasilnya memang sangat cantik. Dan yang paling penting ianya sangat menyegarkan tekak anda. Lepas ni tak perlu pening nak buat dessert atau pencuci mulut dah. Resepi pun dah menarik. Nak buat puding tak perlu ambil masa yang lama pun. Sangat jimat masa dan yang penting jimat kos. Bahan-bahan yang digunakan pun tak renyah.
Kalau ada masa lapang boleh buat puding ini untuk anak-anak. Confirm mereka suka. Boleh cuba bila-bila masa save resepi yang dikongsikan. Semoga resepi puding marble ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.