Resepi Udang Khamped Sedap Dan Pad! Makanan Thai Yang Wajib Cuba!

0 10,677

Resepi udang khamped merupakan salah satu masakan terkenal yang berasal dari siam. Kebiasaannya, menu ini boleh didapati di kedai makan siam dan untuk hidangan ini boleh tahan harganya.

Selain udang khamped, hidangan ini boleh dimasak dengan ayam, sotong dan ikan mengikut selera masing-masing. Siapa yang pernah makan mesti tahu rasanya macam mana kan?

Kebanyakkan masakan siam banyak menggunakan sos ikan, kerana sos ikan akan menaikan lagi aroma masak. Sebab itu setiap masakan siam mempunyai rasanya yang tersendiri.

Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur, Ikan Stim, Ayam Paprik, Kerabu Maggi kebanyakkannya dimasak dengan memasukkan sedikit sos ikan sebagai perasa. Barulah ada identiti Thai tu sendiri.

Ada yang tengah mencari idea untuk memasak udang? Boleh lah cuba resepi udang khamped yang dikongsi oleh Ida Zairi, resepi yang sangat mudah dan senang untuk dibuat dengan rasa yang berbeza.

 

RESEPI UDANG KHAMPED

Untuk memasak resepi ini, pemilihan udang amat penting. Udang yang segar dan bersaiz besar memang sesuai untuk digunakan. Lebih memberi kepuasan kepada kita apabila dapat makan udang yang bersaiz besar.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1kg udang ( seeloknya yang bersaiz besar @ udang galah )
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 susu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • Bahan perasa
  • Garam
  • Gula
  • Gula merah
  • Daun limau purut

 

Bahan untuk dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai potong halus
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 biji cili api hijau

CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG KHAMPED : 

▶️ Mula-mula sekali, udang perlu diletakkan garam kunyit dan goring seketika. Ketepikan.

▶️ Seterusnya, panaskan minyak bekas goring udang dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

▶️ Selepas itu, masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

▶️ Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram, pes tom yam dan sos ikan sehingga mendidih.

▶️ Jika kering masukkan sedikit air.

▶️ Akhir sekali masukkan daun limau purut dan udang. Kacau sehingga semua sos tersalut di udang dan perasakan dengan garam, gula serbuk perasa.

▶️ Siap untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA : Cara Buat Ketayap Inti Kelapa. Resepi Mudah Turun Temurun Dari Kampung!

 

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa udang khamped ini. Penasan kan nak tahu bagaimana rasanya, sedap ke tidak. Rasa udang khamped ni sangat sedap tidak hairanlah menu ini menjadi salah satu menu terkenal di siam.

Rasa udang khamped mesti tidak lari dengan rasa tomyam, pedas dan manis. Bagi pengemar makanan laut anda wajib mencuba resepi ini. Rasanya yang sedap dan bila dapat masak sendiri kualiti kebersihan pasti terjamin.

Ramai yang tidak tahu yang udang khamped boleh dibuat dirumah, kerana resepi udang khamped ni agak senang dan mudah dibuat. Bahan-bahan yang disediakan pon tidak rumit. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.