Cara Buat Kuih Peneram. Kuih Klasik Yang Masih Disukai Ramai Sehingga Kini!

0 2,169

Pernah dengar kuih peneram? Kuih ni agak famous di sebelah utara. Setiap pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan ada jual kuih penerang ni. Resepi Kuih Peneram kalau dilihat dari bahan sangat mudah, sebab tidak menggunakan bahan yang banyak.

Kuih peneram warnanya coklat dan bentuknya macam mini donut, tapi bukan donut tau. Digoreng sehingga garing, dan sangat sedap dimakan ketika panas dan sejuk. Kuih peneram juga agak femes ketika raya, dan ada yang menjadikannya sebagai hidangan sama macam kuih raya.

Biasanya kuih susah nak tahan lama, tapi kuih peneram ni boleh tahan lama sehingga ada yang boleh packing untuk diletak kedai. Bahan utama dalam menghasilkan kuih peneram ialah tepung beras dan gula melaka.

Apabila digoreng teksturnya garing diluar dan lembut didalam. Rasanya juga lemak-lemak manis gula melaka. Warna coklat yang terhasil daripada gula melaka itu sendiri.

Resepi kuih peneram telah dikongsi oleh Nuryusra Ibrahim Kutty difacebook. Kuih peneram agak mudah dibuat kerana bahan yang digunakan tidak banyak tetapi untuk perapan doh yang memakan masa agak lama.

 

RESEPI KUIH PENERAM

Kuih peneram ada teknik untuk mendapatkan kuih peneram lembut. Teknik menguli yang betul dan campuran tepung yang betul boleh menghasilkan kuih peneram yang enak dan tahan lama.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 170g tepung beras cap teratai
  • 150g gula merah
  • 1/3 cwn air (lebih kurang 80g)

 

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH PENERAM

▶️  Mula-mula masakkan gula merah dengan air sehingga mendidih dan hancur sepenuhnya.

▶️  Tapiskan dan tuang panas-panas air gula ke dalam tepung beras, kacau dengan senduk sehingga sebati sehingga dapat tekstur yang betul.

▶️  Jika nampak sedikit cair, boleh tambahkan tepung beras sedikit dan jika agak pekat pula, tambah sedikit air panas.

▶️  Kemudian, perapkan sekurang-kurangnya 6 jam, dan seeloknya semalaman.

▶️  Bancuhan tepung tadi akan menjadi keras dan sudah boleh diterapkan, goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

▶️  Boleh dapat anggaran dalam 30-35biji

 

BACA JUGA : Resepi Kek Lumut. Rasa Yang Sedap, Lembut Dan Tersangat Lembab Memang Menyelerakan!

 

Syok bila dah dapat goreng kuih peneram,walaupun memakan masa yang lama untuk siapkan doh tapi hasil bila dah dapat goreng dan makan panas-panas memang syok betul.

Kuih peneram atau dederam sangat femes diutara, dan boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Kuih peneram kalau digoreng sedikit garing lagi sedap, dengan setiap gigitan garing diluar dan lembut didalam.

Resepi kuih peneram menggunakan hanya tiga bahan sahaja, dan bahan yang utama ialah tepung beras dan gula melaka. Tetapi ingat doh perlu diperap terlebih dahulu sebelum digoreng. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.