Resepi Cucur Udang Yang Mudah Dan Enak, Sangat Rangup Diluar dan Lembut Didalam!

0 18,863

Cucur udang atau dikenali dengan jemput-jemput udang, pada asanya merupakan bancuhan gandum yang digoreng dengan minyak. Resepi Cucur Udang ini amat mudah disediakan dan cepat dibuat.

Cucur udang mendapat nama oleh kerana tambahan udang pada bancuhan tepung cucur tersebut. Cucur udang boleh menggunakan udang kering atau udang segar didalam bancuhan tepung tersebut.

Biasanya kalau beli cucur udang, pasti ada yang tak kena selera seperti mana yang kita nak. Kadang-kadang ada yang terlalu berminyak, keras dan udang tidak diletakkan. Ini boleh membuatkan cucur udang tidak sedap bila dimakan.

Bagi mendapatkan adunan cucur udang yang rangup diluar dan lembut didalam apabila selepas digoreng, adunan tepung mestilah daripada campuran tepung gandum dan tepung beras. Ini adalah tips untuk mendapatkan tekstur cucur udang yang sempurna.

Cucur udang sedap dinikmati ketika Masih panas, jika dibeli diluar boleh lari bajet juga disebabkan penggunaan udang didalamnya. Jadi ibu-ibu boleh cuba resepi dari Hawa Aziz untuk mendapatkan cucur udang yang sedap ini.

 

RESEPI CUCUR UDANG

Cucur udang selalunya akan dimakan dengan kuah kacang, sos cili, atau sos pencicah Thai. Kalau di utara cucur udang akan dimakan dengan kuah kacang seperti pasembor. Tapi jika sudah cukup rasa, makan macam itu sahaja pun sudah cukup sedap.

photo6258084619962396706.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Tepung gandum ( 3 cawan)
  • Tepung beras 1 cawan ( untuk bagi ranggup)
  • Udang rencah (200 gram)
  • Taugeh (1 mangkuk besar)
  • Kucai (1 ikat )
  • 1 biji bawang merah ( dipotong dadu)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Baking soda (⅓ sudu )
  • Baking powder ( ⅓ sudu)
  • Garam( 1 sudu )
  • Air 2 cawan ( bergantung kepada tepung banyak mana)

 

CARA-CARA PENYEDIAAN CUCUR UDANG

▶️ Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.

photo6258084619962396702.jpg (720×960)

▶️ Bancuhan tepung mengikut citarasa masing-masing ingin pekat atau cair sedikit.

photo6258084619962396705.jpg (720×960)

▶️ Selepas itu, gorengkan dengan api Yang agak panas, tapi jangan terlalu panas nanti cepat hangit.

photo6258084619962396704.jpg (720×960)

▶️ Apabila sudah keperangan angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Almond Crunchy Bar Yang Sangat Crispy, Sehingga Makan Habis Berkeping-Keping!

 

Makan cucur udang sambil minum teh petang-petang memang sedapkan? Ditambah pula cucur udang yang dibuat rangup elok diluar dan lembut didalam, setiap gigitan terasa udangnya. Bila buat sendiri nak letak banyak mana udang pun tidak ada masalah.

892834.jpg (1200×800)

Kalau beli diluar udang yang diletak setiap cucur seekor sahaja, pasti rasanya tidak memuaskan. Jika ingin cucur rasa pedas, boleh tambahkan cili merah besar yang dipotong atau serbuk cili kedalam adunan.

Resepi cucur udang ini sangat sedap, apa jenis cucur pasti akan habis jika dihidangkan. Ditambah pula cicah dengan sos atau kuah kacang pasti lagi menyelerakan. Jangan cuba mencuba resepi ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.