Resepi Ikan Bawal Stim Nenas Ala Thai. Confirm Sepinggan Nasi Tak Cukup Dibuatnya!
Masak ikan bawal stim ni ada pelbagai resepi dan versi. Biasanya yang paling digemari ialah ikan bawal stim limau ala thai. Dan satu lagi ialah resepi ikan bawal stim nenas alai thai. Kedua-keduanya ada rasanya yang tersendiri tapi masih ada rasa masam manis dan pedas sebagai simbolik masakan stim ala Thai ni.
Kalau makan kat kedai Thai tu, tak sah kalau tak order masakan stim ni. Tak kisah ikan siakap stim ke, bawal stim ke atau kembung stim ke. Memang wajib order bagi penggemar masakan Thai. Kuahnya padu memang sedap bila dihirup. Cukup berasa dengan gabungan nenas menjadikan menu ni lebih rasa masam, manis dan pedas.
Dikatakan masakan ikan bawal stim ni boleh dikatakan menu sihat juga sebab hanya kukus dan tak menggunakan minyak pun. Tambahan lagi dalamnya ada bahan seperti bawang, nenas dan halia yang sesuai untuk sistem badan bagi yang sedang berdiet. Jadi tak kisah kalau kerap buat masakan ikan bawal nenas stim ala Thai ni.
Sedap sangat bila dimasak stim dengan ikan bawal ni. Ikan tak rasa hanyir atau cepat muak bila dimakan. Cara masak ikan bawal stim nenas ni mudah je. Kalau anda nak cuba boleh ikut perkongsian resepi dari Cik Puan Azlina Ina Fans. Resepi ni perkongsi dilaman facebooknya.
Kuahnya sangat sedap digaulkan dengan nasi. Cukup rasa manis, masim dan pedas. Lebih-lebih lagi lagi air manis ikan keluar dan sebati dengan kuah sosnya semasa dikukus. Hidangan yang simple ni sesuai hidangan pada bila-bila masa yang anda suka.
RESEPI IKAN BAWAL STIM NENAS ALA THAI
Selain ikan bawal, boleh juga kalau nak masak dengan ikan lain seperti ikan siakap, ikan kerapu dan macam-macam lagi. Rasanya mungkin sedikit berbeza mengikut jenis ikan, tapi rasa kuahnya masih sama dan sedap untuk dinikmati.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Ikan bawal putih (dibersih dengan tepung)
- Limau
- Halia (dihiris)
- Serai (dihiris)
- Bawang holland (dikisar)
- 10-20 tangkai cili padi
- 5-6 ulas bawang putih
- 3 batang akar ketumbar
- 1 kiub ayam
- 2-3 sudu sos ikan
- Cendawan
- Batang saderi
- Tomato
- Perisa
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL STIM NENAS ALA THAI :
▶️ Bersihkan dengan tepung dan bilas dengan air perah asam limau dan rendam 10 minit. Kemudian perah lagi limau kasturi dan lumur garam perap 10 minti lagi dalam peti ais.
▶️ Kemudian, susun ikan dalam loyang atau bekas aluminium. Ikan kita sumbat perut dia dengan halia dan serai, bawang holand tabur kan. Dan kukus 10 minit.
▶️ Sementara tu sediakan bahan gravy die atau kuah. Masukkan 2 cawan air. Kemudian masukkan 2 biji limau nipis perah air nya.
▶️ Selepas tu, masukkan kuib ayam, sos ikan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
▶️ Kalau nak pekat boleh tambahkan tepung jagung. Kemudian tutup api.
▶️ Kemudian keluarkan ikan. Tuang sos dan kita susun eksesori bagi cantik. Tabur daun ketumbar dan kalau suka nak letak cili padi potong pn boleh, tomato, nenas dan sebagainya.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Biskut Scone Strawberi Yang Sangat Marvelous. Kupadan Yang Istimewa Untuk Seisi Keluarga Anda!
Tada, siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas pun dah cukup menyelerakan. Lagi sedap kalau makan kuahnya banjir. Tapi kalau nak lagi sedap boleh tambah telur dadar dan sambal belacan. Wah confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Macam mana nak tau ikan siakap kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak. Nak masak resepi tidak ambil masa terlalu 15 minit dah siap.
Senang tak nak buat ikan bawal stim ni? Tak susuhkan! Yang penting rasa dia memang super. Jadi resepi ikan bawal masak nenas stim memang sesuai untuk dihidangkan pada keluarga anda. Semoga dengan perkongsian resepi dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!