Resepi Kangkung Goreng Belacan Yang Simple Dan Sedap. Confirm! Bertambah Lagi Selera Makan

0 14,090

Menu kangkung goreng belacan adalah satu menu yang pasti menjadi pilihan setiap orang yang berkunjung ke restoran thai atau di kedai makan. Masakkan yang simple ini memang menjadi makanan kesukaan ramai. Sayur kangkung ini dikatakan mempunyai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan seseorang.

Kangkung adalah sayuran yang boleh mencegas diabetes. Kandungan gizi dalam kangkung mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serat. Kangkung juga baik untuk kesihatan mata, perkembang otak, menjaga kesihatan jantung dan dapat menurunkan kolesterol dalam badan. Wah! Banyak khasiat kangkung ini.

Cara penyediaan sayur kangkung goreng belacan ini sangat senang dan mudah. Menu ini hanya memerlukan beberapa bahan saja seperti bawang, cili, belacan dan kangkung. Hidangan sayur goreng belacan ini sesuai dijadikan menu makan tengah hari ataupun makan malam.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna  facebook Liza Idris. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Wajib cuba menu ini tau!

Cara masak sayur kangkung ini tidak sah kalau tiada belacan. Ramai yang suka makan belacan tidak kira mat saleh atau orang melayu. Aroma balacan ini mampu membangkitkan lagi selera anda bila dimasak bersama sayur kangkung ini.

 

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN 

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi kangkung goreng belacang ini yang simple dan sedap ini.

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili padi
  • Sedikit belacan
  • Kangkung

CARA PENYEDIAAN KANGKUNG GORENG BELACAN 

▶️Kisar semua bahan-bahan cili, belacan dan bawang sampai mesra sehati dan sejiwa.

▶️Panaskan minyak. Masuk bahan kisar. Tumis sampai bahan masak.

▶️Masuk batang kangkung yang telah dipotong.

▶️Kemudian masuk 2 sudu sos tiram. Kacau dan masak sampai batang kangkung lembut.

▶️Letak 1/2 biji bawang holand. Nak letak awal pun boleh. Lebih sedap letak masa ni. Bila makan terasa rangup je.

▶️Masukkan 1 cawan air.

▶️Letak 2 sudu kicap. Makin gelap makin sedap

▶️Akhir sekali, masuk sayur kangkung yang telah dibasuh bersih

▶️Dah siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Bawal Masam Manis Ala Kedai Thai. Pasti Membangkitkan Selera!

 

Siap untuk dihidang bersama lauk pauk yang lain. Biasanya garam tidak lagi diperlukan dalam masakan ini kerana rasa sos tiram dan belacan sudah mampu mencukupi rasa masin pada sayur. Tetapi terpulang pada cita rasa masing-masing nak letak garam ataupun tidak.

Menu ini kalau makan dengan nasi putih panas-panas pun dah sedap, bertambah selera makan nanti. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi kangkung goreng belacan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba kangkung goreng belacan yang sangat sedap ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.