Resepi Peri-Peri Pastry Pie Yang Lazat, Pie Daging Yang Menggunakan Rempah Peri-Peri Dengan Rasa Yang Unik!
Lama-lama sekali teringin jugak nak buat pie daging untuk minum petang. Patang-petang asyik buat cekodok je, kali ni kita cuba kongsi Resepi Peri-Peri Pastry Pie pulak yang pasti sedap dan ranggup.
Peri-peri pastry pie ni macam pie daging je, tapi sebab pie ni guna rempah peri-peri jadi rasanya sangat sedap dan pedas. Tapi rasanya sangat unik, biasanya daging Akan dimasak dengan rempah kari ke macam karipap tapi kali ini guna rempah peri-peri pulak.
Dalam Bahasa Swahili peri-peri bermaksud cili atau lada pedas. Kalau biasa dengar atau pernah makan ayam peri-peri Nando’s tu, pasti tahu tahap kepedasan dan rasanya macam mana. Rempah peri-peri sebenarnya untuk marinated daging atau ayam, tapi boleh sahaja untuk kegunaan lain.
Pie sangat sedap dimakan, tapi ramai yang berpendapat nak buat pie ni agak rumit disebabkan kulit pastry sangat susah untuk dibuat. Tahu tak sekarang kulit pastry mudah didapati yang dah readymade, pergi sahaja di bakery atau pasaraya pasti ada yang dijual yang readymade.
Kalau pergi bakery ni beli satu pie dah berapa ringgit, nak pulak anak ramai dan semua suka makan pie. Kalau buat sendiri lebih sedap dan jimat. Bila ada masa terluang boleh cuba resepi dari perkongsian Keroroyz Royz ini.
RESEPI PERI-PERI PASTRY PIE
Inti untuk peri-peri pastry pie ini ialah daging, jadi dalam resepi ini menggunakan daging kisar. Ada yang tidak suka menggunakan daging kisar dan lebih suka gunakan daging burger kerana lebih sedap, tapi itu mengikut selera masing-masing untuk guna daging apa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2-3 keping kulit pastry saiz 8inc dipotong 10 keping
- 400g daging/ayam kisar
- 1/2 biji bawang besar didadu
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji kentang saiz kecil didadu (boleh rebus dulu)
- 1/2 biji capsicum didadu
- 3 sudu makan serbuk peri peri rencah mudah/Nandos
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- 1 sudu kecil mixed herbs
- 1 sudu kecil dijon mustard (optional)
- 1 sudu makan daun ketumbar dihiris
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 kiub ayam
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
- Sedikit air
- Sebiji telur untuk sapuan
- Bijan atau parsley herbs sebagai hiasan
CARA-CARA PENYEDIAAN PERI-PERI PASTRY PIE
▶️ Mula-mula panaskan minyak tumis bawang besar hingga lembut lalu masukkan bawang putih.
▶️ Masukkan daging dan tumis hingga lembut. Kemudian masukkan rencah peri peri, mixed herbs, paprika dan dijon mustard, kacau rata.
▶️ Selepas itu, masukkan kentang bersama sedikit air dan masak hingga kentang lembut . Kacau sekali sekala. Bila kentang lembut masukkan capsicum, kiub ayam dan gula. Balancekan rasa.
▶️ Kacau lebih kurang 2,3 minit tutup api. Bila dah sejuk baru masukkan daun ketumbar dan gaul rata.
▶️ Seterusnya, canai sedikit kulit pastry. Letakkan inti. Sapu sekelilingnya dengan telur. Lipatkan kulit pastry menutupi inti. Tekan dengan garfu disekelilingnya supaya elok melekat.
▶️ Kemudian, sapukan dengan telur. Cucuk-cucuk sedikit dengan hujung pisau atau garfu supaya udara keluar semasa membakar dan puff tidak akan terbuka. Taburkan hiasan
▶️ Panaskan airfryer pada suhu 180c selama 2,3 minit. Susun puff didalam bakul airfryer dan bakar selama 10-12 minit ikut airfryer masing-masing. Tak perlu diterbalikkan. Sejukkan diatas rak dawai.
BACA JUGA : Resepi Yong Tau Fu Sup Ala Singapore. Lebih Sedap Dan Jimat Jika Dapat Buat Sendiri!
Puff ini inspired dari Afrika Selatan. Sedap intinya hujung-hujung rasa pizza tapi ada rasa pedas sikit kerana guna rempah peri-peri. Boleh guna sos Nandos ikut selera. Kalau guna sos Nandos kena tambah garam ya.
Kalau ingin buat dua jenis pie, boleh cuba buat daging dan ayam kisar sebagai inti. Kadang-kadang kanak-kanak lebih memilih untuk makan ayam dari daging. Kurangkan sedikit rempah peri-peri jika nak dihidangkan untuk kanak-kanak.
Sekali-sekala merasa pie dari afrika selatan ni syok juga, tapi kena rajin dulu baru menjadi nak buat. Tak susah dah sekarang nak masak apa taip je resepi peri-peri pastry pie, terus dapat resepinya. Selamat mencuba!