Resepi Nasi Goreng USA Yang Menyelerakan, Makan Setiap Hari Pun Tidak Bosan!
Nasi goreng sedap dimakan tak kira masa, pelbagai nasi goreng yang dapat dibuat dengan hanya menggunakan nasi dingin. Kali ini kami nak kongsikan satu Resepi Nasi Goreng USA yang amat mudah disediakan.
Untuk membuat nasi goreng, perlu menggunakan nasi dingin. Nasi dingin ialah nasi lebihan semalam, iaitu nasi yang sudah dimasak semalaman. Oleh kerana, nasi dingin tidak lembik dan nasi mudah terlerai, mudah untuk digoreng.
Bahan basic untuk membuat nasi goreng dengan menggunakan minyak, nasi dingin, bawang, kicap dan telur sudah cukup untuk membuat hidangan nasi goreng yang biasa atau dipanggil dengan ‘nasi goreng bodoh’ sahaja.
Sebanarnya asal usul nasi goreng ini bagi mengelakkan pembaziran nasi, biasa nasi putih yang dimasak mesti akan tidak habis dimakan. Jadi nasi putih yang tidak habis akan digoreng dikemudian hari.
Kalau tak tahu nak masak apa untuk keluarga. Masak je nasi goreng, mesti laju je licin. Ada pelbagai resepi nasi goreng yang kita boleh buat sebenarnya. Tapi harini kita nak cuba nasi goreng USA yang di kongsikan di facebook Aisyah Humaira.
RESEPI NASI GORENG USA
Kalau sebut nasi goreng USA pasti dah tahu apa yang ada dalam set tersebut. Biasanya nasi goreng USA pasti akan ada udang dan sotong, ayam tidak lupa juga telur mata. Ni antara menu famous yang kita selalu order kat kedai makan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Nasi putih 4 cawan
- Isi ayam
- udang
- sotong
- Sayur kangkung
- Cili padi secukupnya diketuk dahulu
Bahan-bahan tumis:
- 4 sudu besar ibu sambal (optional)
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bwg putih dicincang
- 3 sudu besar cilikisar atau ciliboh
- 3 sudu besar sos cili SAJI Malaysia
- 4 sudu besar sos tiram
- Kicap manis secukupnya
- 1 kecil serbuk lada sulah
- 1 biji telur
- Garam, gula, secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI GORENG USA
▶️ Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
▶️ Masukkan telur biarkan hampir masak baru kacau rata.
▶️ Selepas itu, masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap manis.
▶️ Akhir sekali masukkan ayam, udang, sotong gaul rata dan kecilkan api reneh sekejap hingga udang hampir masak.
▶️ Kemudian masukkan nasi, kangkung dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
BACA JUGA : Resepi Lala Kam Heong Yang Mudah Disediakan, Rasanya Yang Pedas Dan Aroma wangi Yang Menyelerakan!
Hidangan nasi goreng adalah hidangan sepinggan lengkap, dah tak perlu lauk lain, kuah dan sambal untuk makannya. Dalam setiap hidangan nasi goreng sudah dicampur pelbagai lauk yang dimasak bersama, sebab itu masakan ini sedap.
Biasa kita tengok student ramai yang makan nasi goreng sebab tak perlu nak pikir nak makan lauk apa setiap hari. Nasi goreng dengan telur mata sahaja pun sudah mencukupi kerana nasi goreng sudah secukup rasa.
Kalau bulan puasa, nasi goreng yang ditunggu-tunggu apabila ingin makan sahur. Kadang-kadang nasi yang berlauk boleh membuat kita rasa bosan dengan lauk yang bermacam-macam, tapi dengan resepi nasi goreng USA walaupun makan setiap hari masih tidak bosan dengan hidangan ini.