Resepi Udang Goreng Tempoyak Petai Yang Lagen. Menu Yang Sangat Simple Dan Sedap Pasti Membangkitkan Selera!
Mesti ramai penggemar sambal tempoyak kan! pelbagai resepi yang boleh kita buat dengan menggunakan tempoyak. Salah satu resepi yang menjadikan kesukaan dan kegemaran orang ramai ialah resepi udang goreng tempoyak petai. Menu yang sangat simple sesuai dijadikan hidangan hari ini.
Makan udang goreng tempoyak petai dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Menu ini sahaja pun dah cukup, tak perlu cari lauk lain lagi dah. Tempoyak juga boleh jadikan pelbagai menu masakan, walaupun tempoyak agak berbau tapi ramai yang suka makan tempoyak.
Menu udang goreng tempoyak petai ini sangat mudah penyediaannya, hanya menggunkan 5 bahan asas sahaja seperti cili padi, bawang, daun kunyit, tempoyak, udang dan petai namun hasilkan dapat membangkitan selera anda. Makan sepinggan nasi confirm tak tak cukup hilang terus diet hari ni.
Aroma tempoyak dimasak bersama dengan daun kuning memecah lagi selera makan. Resepi ni sebenarnya lagi sedap bila adanya petai. Rasa manis-manis udang tempoyak dan petai memang kombinasi yang terbaik. Sedar tak sedar, boleh habis sepinggan nasi dengan menu ini sahaja.
Disebabkan menu ini sangat simple dan ramai yang menyukainya, apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan Noor Azita Mohd Razali. Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!
RESEPI UDANG GORENG TEMPOYAK PETAI
Sedapnya! dapat makan nasi bersama udang goreng tempoyak petaikan. Tapi jika anda nak tukar udang kepada sotong pun boleh. kedua- duanya sedap dan marvelous. Tanpa membuang masa lagi apa kata tengok bahan-bahan yang perlukan dan cara penyediaanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Cili api
- Bawang merah
- Bawang Holland
- Daun kunyit
- Tempoyak
- Udang
- Petai
CARA PENYEDIAAN GORENG TEMPOYAK PETAI :
▶️ Gaulkan udang dengan garam kunyit sedikit.
▶️ Kemudian, panaskan minyak dan gorengkan udang separuh masak.
▶️ Minyak lebihan goreng udang boleh dibuat tumis, masukn bawang holland yang telah dihiris masak sampi layu dan masukkan bahan kisar iaitu cili, dan bwang merah.
▶️ Masukkan serbuk kunyit dan tempoyak ikut suka nak banyak mana, kacau dan masak bagi garing sedikit atapun biarkan pecah minyak.
▶️ Kemudian masuk, gula dan garam secukup rasa.
▶️ Dah kacau rata masukkan daun kunyit pulak, kalau tak nak letak pun takpe.
▶️ Akhir sekali masukkan petai.
▶️ Gaul-gaul bagi rata, rasa cukup ke tak manis, pedas dan masin. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Tortilla Chip Dengan Menggunakan Wraps Yang Pasti Sedap. Dimakan Bersama Scramble Memang Marvelous!
Tengok pun dah menyelerakan. Jika anda suka pedas boleh tambah cili dalam hidangan ini. Udang yang digoreng garing dan dimasukkan dalam sambal tempoyak, kemudian dimasukkan petai memang terbaik rasanya. Kalau nak lagi sedap peti separuh masak sahaja, bila makan terasa ranggup petai tu.
Hidangan ini sahaja pun dah cukup membuatkan anda makan bertambah-tambah. Menu ini juga sesuai dijadikan santapan makan tengahari atapun makan malam. Tempoyak juga boleh dijadikan sambal tempoyak, makan dengan apa-apa pun sedap tak kira, udang, sotong, ikan bilis dan sebagainya.
Bagi yang menyukai udang goreng tempoyak petai ni, boleh je follow resepi ni. Semoga resepi udang goreng tempoyak petai ini memberi manfaat kepada semua. dan boleh share di wall facebook ye mana tahu dapat memberi idea pada kawan-kawan untuk menu hari ini. selamat mencuba!.