Cara Mudah Buat Tortilla Chip Dengan Menggunakan Wraps Yang Pasti Sedap. Dimakan Bersama Scramble Memang Marvelous!
Sarapan pagi mesti terpikir nasi lemak, roti canai, bihun goreng dan sebagainya. Tapi, kalau rasa nak makan simple dan sedap untuk sarapan boleh cuba resepi tortilla chip dengan mengunakan wraps sahaja. Tortilla chip dihidangkan bersama scramble eggs. Resepi yang sangat ringkas dan berkhasiat.
Kalau ada lebihan wrap dirumah, boleh cuba buat tortilla chips ini, kebiasaan anak-anak memang tak berapa minat makan roti wrap kan. Daripada wrap terbiar begitu sahaja, lebih baik kita buat menjadi tortilla chips ni, anak-anak mesti suka. Habis licin mereka makan nanti.
Tortilla chips bila dimakan dengan sceamble eggs memang lagi sedap, menu ni juga sesuai sangat yang nak tengah diet tue. Sebab telur merupakan makanan dipenuhi protein dan bebas korbohirat dan gula. Satu hidang ni boleh membuatkan anda kenyang dan bertenaga.
Cara penyediaan tortilla chips ni pun mudah je, potong wraps menjadi bentuk tiga segi kecik kemudian dibakar dengan menggunakan air fryer ataupun oven. Rasa rangup dan sedap memang membuat anda tak berhenti nak mengunyah. Tortilla chips juga selain dimakan dengn scramble egg sedap juga dicicah dengan cheese.
Resepi tortilla chip ini telah dikongiskan oleh penggunakan facebook iaitu cik puan Zatil Arip Rasa tak sabar pula nak cuba. Asyik makan nasi lemak, roti canai je untuk breakfast, anak-anak pun dah mula bosan. Jadi boleh lah try resepi ni, anak-anak mesti seronak makan.
RESEPI TORTILLA CHIP WITH SCRAMBLE EGGS
Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan tortilla chip with scramble egg. Menu yang sangat ringkas dan berkhasiat untuk anak-anak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan telur hancur (scramble eggs) :
- 4 biji telur
- Setengah cawan susu segar
- Garam
- Lada hitam
- Tomato (dipotong dadu)
- Bawang merah (dipotong dadu)
- Daun ketumbar (dihiris)
- Sehiris lemon
Bahan lain :
- Roti wraps
CARA PENYEDIAAN TORTILLA CHIP WITH SCRAMBLE EGGS :
▶️ Pertama sekali, sapu wrap dengan minyak zaitun.
▶️ Kemudian, potong menjadi bentuk tiga segi kecik.
▶️ Taburkan garam cikit dan bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.
▶️ Akhir sekali untuk sedikan telur hancur, cairkan mentega, masak telur dengan api perlahan je sambil kacau-kacau.
▶️ Soft & curdy scramble eggs.
▶️ Kemudian perah lemon sikit.
▶️ Kemudian taburkan bawang, tomato dan daun ketubar.
▶️ Siap untuk dihidang !
BACA JUGA: Rahsia Resepi Gulai Ayam Kerisik & Sup Bunjut Yang Simple Dan Sedap. Tak Cukup Sepinggan Nasi Dibuatnya!
Dah siap! Nampak sangat menyelerakan. Senangkan! hidangan sangat menarik, anak-anak confirm suka makan. Selain hidangan bijirin untuk sarapan boleh buat menu ini sekali-sekala. Dan buat sendiri lagi sedap boleh ubah mengikut rasa sendiri.
Untuk menyediakan telur hancur anda boleh mempelbagai ramuan, selain dilengkap dengan tomato dan bawang, boleh juga letak lobak merak yang dipotong dadu atapun bunga kubis putis yang dicincang halus. Pasti bertambah sedap.
Semoga pengkonsian cara penyediaan penyediaan tortilla chip with scramble egg ini dapat memberi inpirasi untuk anda dalam mempelbagai menu sarapan anda. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi tortilla chip. Menu yang sangat ringat hanya mengunakan roti wraps sahaja. Selamat mencuba.