Resepi Agar-Agar Cendol Gula Melaka. Pencuci Mulut Yang Enak Seperti Makan Ais Cendol!

0 2,832

Kalau pergi tempat kenduri, pasti akan dihidangkan agar-agar sebagai hidangan pencuci mulut. Tak kira lah majlis apa pun pasti akan ada agar-agar sebagai hidangan di majlis. Mungkin tak semua pernah makan Agar-agar Cendol Gula Melaka, kali ini kami kongsikan resepinya.

Cendol memang kita tahu akan digandingkan dengan santan dan air gula melaka, makan pula masa musim panas memang menyegarkan. Tambah pula makan dengan pulut atau durian memang lagi sedap, minum ais cendol pun dah sedap apa lagi buat agar-agar.

Cendol diperbuat dari gabungan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi, serta air daun pandan dan gabungan bahan lain. Adunan cendol yang pekat akan di paipkan kedalam air sejuk yang berisi ais untuk membekukan cendol menjadi bentuk panjang-panjang.

Tapi sekarang telah banyak orang yang menjual cendol sahaja di pasar, jadi dah tak perlu susah payah untuk buat sendiri. Kalau ada yang teringin buat sendiri pun tak ada masalah, pasti lebih sedap bila dapat buat sendiri.

Jom cuba resepi agar-agar cendol gula melaka dari perkongsian Salimi Dolah. Resepi pencuci mulut ini sangat mudah dibuat dan sangat sedap bila dimakan ketika masih sejuk seperti tengah minum ais cendol pada musim panas.

 

RESEPI AGAR-AGAR CENDOL GULA MELAKA

Cendol kalau tak digandingkan dengan santan dan gula melaka memang memang tak boleh panggil cendol lah. Gadingan ni memang tak boleh lari lagi, biar dalam ais cendol atau dalam buat agar-agar. Tips untuk mudah keluarkan agar-agar dari acuan dengan basahkan sedikit permukaan acuan dengan air.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A
  • 10gram serbuk agar agar
  • 150-200gram cendol
  • 4cawan air
  • 1cawan gula
  • 1kotak santan brand KARA
  • 1st garam

 

Bahan B
  • 10gram serbuk agar agar
  • 5cawan air
  • 200g gula melaka *potong kecik
  • 3helai daun pandan

 

CARA-CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR GULA MELAKA

▶️ Didihkan 4 cawan air dan masak agar agar sehingga larut.

▶️ Kemudian masukkan 1cawan gula dan masak sehingga gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis air nya. Tunggu mendidih dan tutup api.

▶️ Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.

▶️ Akhir sekali, masukkan dalam acuan dan sejukkan. Selepas puding beku, goreskan dengan garpu dipermukaan atas supaya adunan gula melaka dapat melekat elok.

▶️ Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.

▶️ Selepas mendidih, tapis dan tuang kedalam bekas cendol tadi. sejukkan normal dalam 30minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa Yang Mudah Dan Sedap, Satu Hidangan Sangat Sedap Menjadi Kegemaran Keluarga!

 

Mudah bukan nak buat hidangan pencuci mulut, siapa pengemar cendol pasti akan sukakan dengan hidangan ini. yelah, rasanya sama dengan minum ais cendol tapi versi agar-agar. Kalau dapat makan petang-petang sambil minum air teh o ni memang sedap.

Rasa agar-agar cendol yang lemak manisnya secukup rasa boleh membuat makan tak berhenti. Kalau tiada santan, ibu-ibu boleh tukarkan kepada susu cair untuk gantikan santan didalam agar-agar dan rasanya akan lebih sedap.

Tak susah pun nak buat hidangan pencuci mulut untuk minum petang, buat agar-agar pun dah sedap untuk minum petang bersama keluarga. Ibu-ibu yang dah tak ada idea boleh cuba resepi agar-agar gula melaka ini pasti tak akan mengecewakan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.