Resepi Daging Masak Hitam Ala Lauk Kenduri. Sangat Simple Dan Serius Sedap!
Lama tidak dapat menikmati sajian di majlis perkahwinan, pastinya terindu-rindu menu daging masak hitam yang menjadi kewajipan disetiap majlis kenduri. Sekarang ni mana nak jumpa kenduri dah, kalau teringin kena lah buat sendiri. Jadi Apa kata hari ni kita tengok resepi yang dikongsi iaitu daging masak hitam ala-ala kenduri.
Menu ini sangat simple dan pastinya sangat sedap. Daging pun lembut je dimakan. Bau rempah masakan daging memang membangkitkan selera makan. Tambah pula makan dengan sambal belacan dan ulaman timun atau ulam raja. Fuuh! Lagi terangkat.
Daging masak hitam kalau nak masak banyak-banyak pun boleh. Simpan je dalam peti ais. Nak makan, panaskan aje. Resepi ni bukan seorang je suka tapi satu keluarga pun pasti gemar dengan lauk ini. Lagi puas hati masak sendiri boleh makan banyak-banyak tau.
Daging masak hitam boleh dijadikan pengganti rendang. Ada yang buat rendang daging tok ataupun daging dendeng. Masing-masing ada cara tersendiri. Daging masak hitam juga sesuai dimakan dengan nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, lemang dan macam-macam lagi.
Cara penyediaan penyediaan resepi juga tidak renyah dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Nak tahu step by step cara masak resepi ini? Boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid. Resepi nya memang sangat mantap! Anda boleh cuba.
RESEPI DAGING MASAK HITAM
Daging masak hitam ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa tidak kira lah musim kenduri ataupun musim perayaan kerana resepi ini sangat power dan boleh bertahan lama. Tanpa membuang masa apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi daging masak hitam ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 2 kilo daging
- kicap manis & kicap pekat
- 20 tangkai cili kering (blend)
- 2 biji bawang besar
- 10 ulas bawng putih
- 5-6 hiris halia
- 2 batang serai
- 5 biji buah keras
- 1 genggam krismis
- 1 sudu jintas manis
- 2 sudu lada hitam
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK HITAM :
▶️ Perap daging dengan kicap manis & kicap pekat dan cili kering blend. Dan perap 2 hingga 3 jam.
▶️ Sementara tunggu daging kita blend bahan2 ni dulu.
▶️ Bekas biru blend bawang besar ,bawang putih, halia. Manakala bekas pink blend serai, kismis, buah keras, jintan
blend serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam.
▶️ Minyak panas tumis 4 sekawan. Masukkan bawang blend.
▶️ Bawang dah garing masukkan rempah blend pulak.
▶️ Pecah minyak macam ni masukkan daging. Api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air.
▶️ Masak sampai kering macam ni lebih kurang 3 jam. Perasakan gula dan garam.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Rasanya Pasti Tidak Mengecewakan Anda!
Waah! Mudah sangat nak buat daging masak hitam ni. Walaupun mengambil masa 3 jam untuk keringkan daging ni, tapi ianya sangat berbaloi-baloi. Kalau ikutkan resepi ni dah tak payah tambah gula & garam rasanya dah ngam-ngam tapi kalau suka manis boleh letak gula.
Kalau masak daging masak hitam ni nak lebihkan minyak pun tak pe. Sebab daging kita dapat bertahan lama tanpa rosak. Bila dipanaskan jadi lebih sedap dari hari pertama tau. Daging lebih lembut, rempah lebih wangi sebab semakin lama daging dan rempah bermesra.
Yang mana baru nak belajar memasak boleh follow resepi yang dikongsikan. Pasti seronak kalau masakan anda menjadi! Semoga dengan perkongsian resepi daging masak hitam ini dapat beri manfaat kepada semua. Jangan lupa, kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai boleh dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!