Resepi Kek Puding Caramel Pelangi. Gabungan Puding Caramel Dan kek Pelangi Yang Super Gebu Betul-betul Sedap!

0 4,108

Boleh ke puding caramel dimasak sekali dengan kek? Boleh je awak, dalam Resepi Kek Caramel Pelangi akan ajar cara-cara nak masak puding dan kek sekali tanpa puding dan kek bercampur sekali.

Cara nak buat kek caramel pelangi ni tak susah, cuma banyak step sedikit dan kena berhati-hati sebab kek kena masak dengan sempurna. Kalau kek tidak masak dengan sempurna bahagian puding caramel akan tidak masak dan cair bila diterbalikkan.

Kek Puding caramel memang sedap, rasa lemak manis puding caramel bergabung pulak dengan rasa kek yang sangat lembut dan lembab memang kalau makan sepotong pun tak cukup.

Resepi kek caramel pelangi telah dikongsi oleh Nor Al Fatihah, penyediaan untuk buat kek ini memang memakan masa sedikit tapi percayalah rasanya sangat sedap dan kek sangat lembut sekali.

Pasti yang pertama kali rasa kek caramel pelangi ni akan jatuh cinta dengan rasanya, gabungan puding caramel dan kek yang lembut dan lembab ni. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI KEK CARAMEL PELANGI

Kek caramel pelangi dimasak secara water bath untuk mendapatkan kek yang lembab dan gebu. Untuk masak kek ni ada step supaya kek dimasak dengan sempurna.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-Bahan Karamel
  • 2 sudu besar gula pasir

 

Bahan-Bahan Puding
  • 3 biji kuning telur A
  • 2 biji telur A(kuning + putih)
  • 1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

 

Bahan-Bahan Meringue
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh cream of tartar

 

Bahan-Bahan Kek
  • 3 biji kuning telur A
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1  1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk penaik*
    (bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
  • pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK CARAMEL PELANGI

▶️ Mula-mula untuk membuat caramel, cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan di kacau, lenggang-lengangkan je loyang hingga caramel rata. Sejukkan dulu.

▶️ Seterusnya, untuk puding. Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang atau rongga udara selepas di bakar. Ketepikan dulu.

▶️ Selepas itu, untuk meringue. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan hgih speed hingga kental dan bertanduk.

▶️ Untuk kek. Satukan telur, gula, air, minyak dan esen vanila. Pukul sehingga berbuih dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah di ayak bersama. Pukul lagi hingga sebati.

▶️ Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila dah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan.

▶️ Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan campur pewarna.

▶️ Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit.

▶️ Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku

▶️ Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jangan risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding di sebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding.

▶️ Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru dan unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu dan akhir sekali 1 sudu.

▶️ Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar dan isi air panas hingga 1/4 dari loyang.

▶️ Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dgn pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais.

 

BACA JUGA : Resepi Kerabu Suhun Sotong Ala Thai. Hidangan Mudah Dan Cukup Menyelerakan.

 

Mesti ada yang dah tak sabar nak makan kek caramel pelangi ni, tapi! Ingat kek ni lagi sedap dimakan bila keluar dari peti sejuk. Disebabkan kek ni ada puding memang kena sejukkan dahulu supaya puding dapat mengeras seketika.

Bila terbalikan acuan kek boleh tengok air caramel yang melimpah ke bahagian kek, itu yang buat kek lagi sedap. Dengan puding yang lembut dan kek berwarna-warni nampak cantik sekali.

Rasa sayang pulak nak makan kek ni, bila dapat hasil macam ni memang betul-betul memuaskan hati. Resepi kek caramel pelangi mudah dibuat walaupun banyak step yang perlu diikut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.