Resepi Mee Sup Tulang. Sedap Dimakan Dengan Sambal Kicap Pedas Yang Akan Membuatkan Makan Semangkuk Pun Tak Cukup!

0 4,256

Sup Tulang memang sedap dimakan, nak masak pun senang sahaja cuma memakan masa yang agak lama untuk rebus tulang tersebut. Resepi Mee Sup Tulang yang marvelous ini, senang dibuat dan sedap dimakan dengan sambal kicap pedas.

Selalu mee sup kita beli je dikedai, kalau ada tulang yang lebih-lebih boleh cuba untuk buat mee sup tulang. Bukan setakat sedap bila buat sendiri rasanya juga boleh diolah mengikut kehendak kita.

Kalau nak beli mee sup tulang ni, agak Mahal juga. Yelah, tulang bukan murah kalau dibeli, jadi harga agak mahal untuk sebungkus mee sup tulang. Jika teringin boleh lah buat sendiri boleh makan ramai-ramai.

Resepi mee sup tulang telah dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Siapa tak suka makan mee sup tulang ni, dengan rasa sup tulang yang sedap boleh kalah kedai-kedai mee sup Yang lain ni.

Resepi mee sup tulang dah diberi, apa lagi ibu-ibu jom kita buat, boleh lah buat makan petang dengan family. Musim-musim covid ni lebih baik lepak dengan family dirumah lebih selamat.

 

RESEPI MEE SUP TULANG

Masak sup tulang untuk makan dengan mee je ke, tambahlah sedikit daging boleh buat hidangan makan tengahari atau malam dengan nasi.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Tulang lembu 1kg
  • Sup bunjut
  • Bawang merah ( dihiris )
  • Bawang putih ( dihiris )
  • halia ( dihiris )
  • Rempah 4 sekawan
  • Kiub pati lembu
  • 3 biji limau kasturi

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP TULANG

▶️  Mula-mula rebus tulang dan sup bunjut terlebih dahulu sehingga empuk.

▶️  Selepas tulang dah empuk, panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau.

▶️  Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam periuk tulang yang direbus.

▶️  Masukkan kiub daging Dan air perahan limau, kacau sebati dan masak beberapa minit.

▶️  Perasakan dengan garam secukupnya.

 

Bahan hiasan :
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Taugeh
  • Tauhu putih ( digoreng )
  • Mee kuning ( dicelur )

Bahan-bahan untuk sambal kicap :
  • Cili api
  • 1 @ 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Bawang besar
  • 2 biji air perahan limau
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Secubit garam
  • Sedikit gula

CARA-CARA PENYEDIAAN KICAP PEDAS

▶️ Kisar semua bahan diatas sehingga hancur.

▶️ Cili api mengikut kepdasan yang diingini, tak kesah berapa banyak.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Puding Caramel Pelangi. Gabungan Puding Caramel Dan kek Pelangi Yang Super Gebu Betul-betul Sedap!

 

Mudahnya nak makan mee sup tulang ni, kadang-kadang lebihan sup pon boleh buat mee sup. Bukan setakat sedap, memang secukup rasa bila dapat buat sendiri.
Buat sup tulang bukan sahaja sedap dimakan dengan mee kuning je, boleh juga dimakan dengan bihun, nasi impit, kue teow, dan nasi. Senangkan buah sup tulang banyak sikit terus boleh makan dengan mee.

Resepi mee sup tulang tidak terlalu susah untuk dibuat, sama sahaja masak sup tulang yang ingin dimakan dengan nasi. Cuma kena buat lebihkan kuah untuk makan dengan mee. Selamat mencuba !

Leave A Reply

Your email address will not be published.