Resepi Ayam Tumis Serai Yang Sedap Dan Pedas, Sangat Mudah Dengan Aroma Serai Yang Wangi!

0 7,976

Pelbagai masakan yang boleh disediakan dengan ayam, tidak kira digoreng, dibakar, dikukus atau berkuah. Resepi yang akan dikongsikan pada kali ini ialah Resepi Ayam Tumis Serai.

Ayam memang sedap dimakan dan juga mudah untuk disediakan. Nak masak ayam tidak perlu mengambil masa yang lama sebab ayam cepat dimasak kerana isinya yang mudah empuk berbanding daging.

Serai sering digunakan dalam masakan, jika dilihat masakan Thailand, mereka memang suka masukkan serai. Serai dapat memberi aroma sedap dalam masakan, dapat dilihat apabila serai ditumis akan menghasilkan aroma yang wangi dari serai tersebut.

Tahu tak, serai dapat memberi rasa yang enak pada masakan. Sebab itu ada masakan yang menggunakan serai, rasa yang keluar dari serai dapat menyedapkan lagi masakan tersebut, tak hairanlah siam selalu masukkan serai dalam masakan mereka.

Hidangan ini dimasak agak kering dan tidak berkuah, untuk yang suka masakan yang agak kering jadi inilah resepinya. Resepi ayam tumis serai dikongsi oleh Noratiqah Nordin.

 

RESEPI AYAM TUMIS SERAI

Nak masak ayam tumis serai tidaklah rumit sangat untuk dibuat. Hidangan ini memerlukan ayam digoreng terlebih dahulu dan tidak sampai garing sebab akan dimasak lagi dalam tumisan yang dibuat.

photo6228600884951100482.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Cili padi mengikut kepedasan
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ( diketuk )
  • 2 helai daun limau
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Air sedikit

photo6228600884951100483.jpg (960×720)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM TUMIS SERAI

▶️ Tumbuk atau kisar kasar bawang merah, bawang putih dan cili.

photo6228600884951100485.jpg (960×720)

▶️ Selepas itu, ayam digoreng sekejap, separuh masak dan ketepikan seketika.

photo6228600884951100484.jpg (960×720)

▶️ Tumis bahan yang dikisar tadi, sehingga keperangan.

photo6228600884951100491.jpg (960×720)

▶️ Kemudian, masukkan serai yang diketuk sehingga naik aroma wangi dari serai.

photo6228600884951100486.jpg (960×720)

▶️ Masukkan daun limau purut dan ayam yang digoreng tadi.

photo6228600884951100490.jpg (960×720)

▶️ Seterusnya, masukkan sos tiram, garam, gula dan secukup rasa.

▶️ Nak berkuah letak sedikit air, kalau nak lagi berkuah boleh masukkan lebih sedikit air.

 

BACA JUGA : Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dibuat, Makan Pula Dengan Sambal Kicap Letup Memang Terangkat Habis!

 

Masak macam ni pun dah sedap, tak perlu nak beria sangat. Yang ni pun makan nasi dah bertambah-tambah! Aroma wangi dari serai dan rasa pedas memang membuat naikan lagi selera.

7382299229938484.jpg (1200×800)

Masakan ini bukan sahaja boleh dimasak dengan ayam tapi boleh juga digunakan untuk masak daging. Yang penting daging perlu digoreng atau direbus terlebih dahulu untuk mendapatkan daging yang empuk ketika makan.

Resepi ayam tumis serai ini sangat mudah untuk dimasaka, bahan-bahannya juga tidak memerlukan banyak. Ibu-ibu yang bekerja boleh cuba resepi ini kerana sangat mudah dan cepat untuk disediakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.