Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy Yang Simple Dan Sedap. Secukup Rasa, Anda Wajib Cuba!

0 8,411

Sarapan pagi kalau masak spaghetti syok juga! Pasti suami dan anak-anak selera makan. Tapi kalau masak spaghetti mesti menu yang sama je kan. Asyik masak carbonara, bolognese dan aglio olio. Pasti anak-anak muak juga. Jadi apa kata kita cuba resepi spaghetti tomyam pedas creamy yang super sedap ni.

Nak masak spaghetti tomyam pedas creamy ni sama juga dengan masak spaghetti yang lain. Cuma kalau biasa kita masak menggunakan sos spaghetti, tapi untuk resepi ni tukar kepada paste tomyam. Rasanya memang sedap, masam manis pedas dan lemak berkrim.

Cara penyediaan menu ni sangat simple. Malah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Namun rasanya sangat padu dan sedap. Rasa spaghetti tomyam pedas creamy ni dah ala-laa melayu dengan gabungan masakan thai. Wah pasti menarik untuk anda cuba nanti.

Resepi ni tak perlu masukkan oregano atau apa-apa Italian herbs macam spaghetti lain yang biasa kita masak tu. Cukup gantikan pes tomyam, serai, daun limau purut dan tomato untuk naikkan lagi aromannya. Nak sedap lagi, boleh juga masukkan ayam, udang, sotong atau apa-apa bahan yang akan suka.

Resepi ni sesuai dihidangkan pada bila-bila masa yang akan suka. Sama ada untuk sarapan pagi atau makan malam. Resepi simple ni dikongsikan oleh Cik Puan Shida Ambok.Yang tidak pernah cuba boleh follow step by step resepi kat bawah. Bila dan try pasti anda akan repeat lagi.

 

RESEPI SPAGHETTI TOMYAM PEDAS CREAMY 

Selain aroma yang wangi dari serai dan daun limau purut. Malah rasa creamy datangnya susu fullcream menjadikan kuahnya sangat padu. Pasti anda dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata anda lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • Sepeket spegeti
  • Butter
  • 2 biji bawang Holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar paste tomyam
  • Isi ayam
  • 2 cawan susu full cream
  • 2 biji cilipadi
  • 1biji tomato
  • 4 helai daun limau
  • Daun bawang
CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI TOMYAM PEDAS CREAMY :

▶️ Celur speghetti dalam periuk. Kemudian ketepikan. Cairkan butter dalam periuk panas.

▶️ Tumis bawang holland yang dipotong dadu dan bawang putih yang di cincang hingga naik bau.

▶️ Masukkan serai yang di potong di ikuti paste tomyam ke dalam periuk. Kacau rata.

▶️ Setelah itu masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil. Biarkan kesemuanya masak sebati. Kemudian masukkan susu.

▶️ Masukkan speghetti yang telah dicelur bersama dengan cili padi, daun bawang, tomato dan daun limau yang telah dipotong atau racik.

▶️ Masak sekejap dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Gulung Yang Padu Dengan Kuah Pekat Berperisa. Sedap Dinikmati Ketika Panas-Panas!

 

Fuhh! Nampak gambar pun dah cukup menyelerakan. Tak susah pun dan sediakan ni. Jarang-jarang sekali masak speghetti ala-ala Melayu ni pasti suami dan anak-anak suka.  Kalau anda suka pedas, boleh letak lebih cikit cili. Rasa hidangan spaghetti ni bergantung pada citarasa anda.

Malah kalau suka rasa tomyam boleh juga tambahkan pastenya. Tapi kalau anda ikut sukatan resepi ni pun dah sedap. Secukup rasa dan creamy dah. Dalam resepi tidak dimasukkan garam dan sebarang perasa lain. Cukup dengan rasanya yang dah ada.

Nanti jika ada kelapangan boleh lah try resepi ni dirumah. Pasti keluarga anda suka. Semoga resepi spaghetti tomyam pedas creamy ni dapat memberi anda manfaat dan inpirasi. Boleh share juga pada kawan-kawan tentang resepi ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.