Resepi Ayam Goreng Berlado. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya !

0 1,938

Hari-hari fikir nak masak apa! Sampai kering idea? Jom kita try resepi ayam goreng berlado, juicy di dalam garing di luar pasti ramai menggemarinya. Makan pula panas- panas, boleh bertambah nasi dibuatnya. Resepi ayam goreng berlado ini juga boleh di hidang dengan lauk lain seperti daging, paru atau ikan.

Resepi ini sangat sesuai juga dicuba oleh golongan bujang kerana menu yang simple dan sangat mudah penyediaannya. Asyik order grab food je kan, better buat sendiri di dapur. Boleh makan banyak lagi. Lagipun menu ni jimat kerana bahan pun simple je.

Ada 3 rasa yang dominan pada masakkan ayam berlado ini iaitu pedas, masam dan sedikit manis.  Ianya memberikan rasa seimbang dengan kepedasan cili yang kita gunakan. Cara penyedian pun sangat mudah, ayam tue mesti di gaul dengan kunyit dan sedikit garam pastu baru goreng, letak carrot cikit supaya lagi berseri masakan kita.

Kemudian blend semua bahan-bahan tumisan tadi, jangan terlalu lama, tumis dalam 10-15 minit je, supaya tumisan kita nampak cantik. Perasakan kuah berlado tu dengan garam, gula dan maggi cukup rasa. Pastu baru masukkan ayam , bawang dan cili, kemudian gaul rata. wah! senangkan resepi ni.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh En Mohamad Arymin. Jarang–jarang tau kita dapat resepi dari chef lelaki kan.  Terima kasih berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makankan. Tak rugi cuba tau!

 

RESEPI AYAM GORENG BERLADO. PASTI BERTAMBAH NASI DIBUATNYA !

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan ayam goreng berlada yang super sedap.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :                  
  • 1 ekor ayam, dipotong 14 dan goreng
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit air
  • Perasa Garam, Gula dan Maggi Cukup rasa

 

Bahan Tumis
  • 2 batang Serai, Diketuk
  • 3 ulas Bawang putih, diketuk
  • ½ Bawang Holland
  • ½ biji Tomato
  • 4 biji Cili Merah
  • 5 biji CiliPadi
  • Jumlah Cili tu ikut Level Kepedasan yang korang nak. AJ buat sederhana pedas je.

 

  Bahan Sayur
  • ½ Bawang holland, potong wedges
  • ¼ Carrot, potong serong
  • 1 biji Cili merah, hiris
  • 4 biji Cili Padi, hiris

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG BERLADO

▶️ langkah pertama gaul Ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Kemudian baru lah goreng ayam tersebut.

▶️ Sambil tunggu Ayam siap di goreng, sediakan bahan bahan lain. Seperti sayur, Serai dan Bawang putih. Itu guna nak tumis nanti.

▶️Camnilah rupa Bahan Tumis/Blend. Blend tapi hancur sangat.

▶️Masukkan minyak dalam kuali. Guna minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumis serai dan bawang putih dulu. Pastu barulah masukkan bahan blend. Tumis dalam 10-15 minit.

▶️Perasakan kuah berlado tu dengan Garam, gula dan Maggi Cukup rasa. Masukkan Ayam dan Bawang dan Cili, Gaul rata. Dah siapp 😁.

 

BACA JUGA : Resepi Air Asam Boi Yang Fresh Dan Sedap, Nyaman Sungguh Bila Minum Sejuk-Sejuk! 

 

Siap untuk di hidang, wah! Nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan ayam goreng berlado yang sangat super ni. Rasa pedas, masam dan manis menjadikan menu ini sangat sesuai untuk di hidang untuk menu lunch ataupun dinner.

 

Nak lagi padu, boleh goreng telur dadar, makan dengan telur dadar confirm  bertambah selera lagi. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.

Semoga perkongsian cara menyediakan resepi ayam goreng berlado ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila- bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ayam goreng yang sangat sedap dan menyelerakan . selamat bercuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.