Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Yang Simple. Pasti Makan Membangkitkan Selera!

0 766

Menu kailan ikan masim adalah satu menu yang pasti menjadi pilihan setiap orang yang berkunjung ke restoran thai atau di kedai makan. Masakkan yang simple ini memang menjadi makanan kesukaan ramai. Sayur kailan ini dikatakan mempunyai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan seseorang.

Kailan kaya dengan kandungan vitamin, kalsium, luthein, serat, mineral dan protein, serta nutrisi lain-lain. Warna hijau sayur kailan ini mengandung vitamin A, C, E, dan K yang sangat tinggi daripada jenis sayuran hijau lainnya. Walunpun rasa agak pahit tapi kalian ini mengandungi banyak khasiat.

Sayur kalian berdaun tebal, berkilat dan berwarna hijau dan batang tebal. Rasa seakan brokoli tetapi sedikit pahit berbanding brokoli. Tetapi brokoli dan kalian dikatogikan dalam spesis sayur yang sama. Oleh kerana kailan bersifat pahit, untuk kurangkan rasa pahit anda boleh goreng kailan bersama ikan masin atau kalian masak sos tiram.

Cara penyediaan sayur kalian ini sangat senang dan mudah. Menu ini hanya mememerlukan beberapa bahan sahaja seperti, kalian, ikan masin, bawang, cili os tiram, kicap dan tepung jagung. Hidangan ini sesuai dijadikan menu makan tengah hari ataupun makan malam.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna  facebook cik puan Liza Idris. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Wajib cuba menu ini tau!

 

RESEPI KAILAN IKAN MASIN

Menu yang sangat simple dan sedap, Aroma ikan masim mampu membangkitkan lagi selera anda. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi kailan ikan masin  ini yang simple dan sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 ikat sayur kalian
  • Ikan masin segenggam kecil
  • 1/2 biji bawang holand
  • 4 biji bawang putih diketuk hancur
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu besar tepung jagung

CARA PENYEDIAAN SAYUR KAILAN IKAN MASIN : 

▶️ Panaskan minyak dan goreng ikan masin dulu.

▶️ Masuk bawang putih dan cili padi.

▶️ Apibila ikan masin dah agak garing, masuk bawang holand.

▶️ Kemudian masukkan cili kicap dan sos tiram.

▶️ Masuk batang kailan yang dipotong, boleh ketuk-ketuk dulu batang tu supaya lembut. Dan gaul mesra.

▶️ Masuk 1 cawan air.

▶️ Kemudian, masuk cili merah dan masukkan bacuhan air jagung, tujuan untuk memekatkan kuah.

▶️ Last sekali, baru masukkan daun, kacau hingga sebati

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Sotong Masak Kari Tanpa Santan Ala Mamak Style. Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dihidang bersama lauk pauk yang lain. Kalau makan tengah hari tidak lengkap menu anda kalau tiada sayurkan. Anda boleh cuba menu ini kerana cara penyediaan yang sangat mudah dan yang pasti rasanya sedap. Confirm makan nasi nanti akan bertambah.

Menu yang mudah tapi membuatkan anda bertambah selera. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi  Kailan ikan masim ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba kangkung goreng belacan yang sangat sedap ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.