Resepi Sotong Masak Kari Tanpa Santan Ala Mamak Style. Anda Wajib Cuba!

0 2,124

Menu sotong masak kari adalah menu yang agak popular dan merupakan satu menu yang sangat disukai oleh orang ramai. Hari ini apa, kata anda cuba resepi masak kari sotong tanpa santan, untuk jadikan hidangan pada makan tengah hari ini.

Menu sotong kari ini walaupun tidak mengunakan santan tapi teksturnya yang sangat pekat dan likat boleh bertambah nasi dibuatnya. Di kedai-kedai yang menjual nasi kandar pasti masak kari sotong adalah satu salah menu yang dihidang untuk juadah nasi kandar.

Bila masak kari yang tidak mengunakan santan, ianya boleh tahan lebih lama. Dan rasa rempah lebih terasa. Walaupun dipanaskan keesokkan hari, rasanya lebih sedap dan lebih pekat. Jika anda pengemar santan dalam masakan, anda boleh masukkan sedikit santan dalam menu masak kari sotong ini.

Menu ini sangat ringkat dan pastinya disukai ramai. Apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan Nurul Ateekah. Hidangan ini sangat sesuai juga dihidangkan untuk menu tengah hari ataupun menu makan malam. Makan dengan nasi panas-panas pasti akan bertambah selera makan anda.

Bila bosan dengan  kari ayam, kari daging atau kari ikan anda boleh cuba resepi sotong ini pula, untuk dibuat hidangan menu makan tengah hari. Resepi ini, seperti masak kari mamak yang tidak mengunakan santan. Dan jika anda suka kari tanpa santan, apa kata cuba resepi yang simple ini.

 

RESEPI SOTONG KARI

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan masak kari sotong yang super sedap ini. Bila dan buat confirm anda pastu suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 cm halia(dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato(dibelah 6)
  • Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 7 sudu besar serbuk kari ikan

CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK KARI : 

▶️ Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari, masak sehingga sedikit keperangan.

▶️ Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak dengan mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik . Sentiasa kacau.

▶️ Apabila dah pecah minyak, masukna perahan air asam jawa dan kacau. Menggunakan api yang sederhana.

▶️ Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi dan masakkan seketika.

▶️Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

▶️ Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Boleh tambahkan  cili hijau sebagai hiasan dan tunggu kering dan tutup api.

 

BACA JUGA : Resepi Coklat Nestum Bar Ala-Ala Kit Kat. Lembut Dan Cair Dimulut!

 

Senang kan resepi ini! Dan pastikan sangat mudah penyediaannya. Makan dengan nasi panas pasti bertambah berselera makan anda. Kalau nak bagi sedap makan dengan bendi celur  dan sayur kubis goreng. Dan macam hidangan nasi kandarkan dekat kedai mamak dah.

Tak susahkan nak menyediakan sotong masak kari ini. Lebih lebih lagi masak sendiri puas hati makan. Boleh makan banyak dan boleh ubah mengikut cita rasa anda sendiri. Hidangkan pada keluarga tersayang confirm bertambah nasi mereka makan.

Semoga pengkongsian cara menyediakan sotong masak kari tanpa santan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi sotong kari. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.