Resepi Coklat Nestum Bar Ala-Ala Kit Kat. Lembut Dan Cair Dimulut!
Pernah tak makan kudapan ala ala biskut kit kat? Kali ini nak share resepi kudapan ringkas iaitu coklat nestum bar. Kebiasaan anak-anak akan suka makan coklat dan chesse kan. Apa kata hari ini kita buat kudapan coklat nestum bar ala-ala kit kat untuk anak-anak.
Pastinya rasa coklat nestum bar ini sama seperti biskut kit kat. Buat sendiri dekat rumah lagi jimat dan sedap. Puas hati anak-anak makan. Malah cara penyediaan juga sangat senang tidak perlu guna oven untuk membakar. Hanya perlu disejuk dalam peti dan terus boleh dimakan.
Coklat nestun bar ini selain sedap dimakan, bahan penyediaannya juga sangat mudah didapati. Bahan-bahan yang diperlukan sangat simple dan sangat jimat. Hanya mengunakan dua bahan sahaja iaitu nestum dan coklat sahaja. Wah! sangat mudah, buat dengan anak-anak dekat rumah confirm anak-anak suka.
Lagi-lagi sekarang musim cuti sekolah, semua ibu-ibu tiada idea nak masak kudapan apa untuk disediakan pada anak-anak. Tambah lagi, negara kita masih berhadapan dengan wabak covid-19. Masih kena berhati-hati dan keluar rumah bila perlu sahaja. Bila duduk di rumah confirm anak-anak asyik nak makan je kan.
Disebabkan cara penyediaan biskut coklat nestum bar ini mudah, apa kata anda tengok resepi yang dikongsi oleh pengguna facebook ini iaitu cik puan Ida Zaida. Resepi yang sangat mudah dan sedap. Terima kasih atas pengkongsian resepi coklat nestum bar ini. Jangan lupa cuba tau!
RESEPI COKLAT NESTUM BAR
Anak-anak kalau dapat makan coklat laju je. Sekejap je habis. Jadi buat je kat rumah jimat . Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi coklat nestum bar ini. Jom kita cuba buat!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500g nestum perisa original
- 1 kg dark compaund beryls
CARA PENYEDIAAN COKLAT BAR NESTUM :
▶️ Cair kan coklat dengan kaedah Double boiler.
▶️ Sampai cair mcm ni.
▶️ Kemudian, masukkan 1 paket Nestum.
▶️ Gaul sampai sebati biar bersalut elok.
▶️ Kemudian, gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik. Ini senang nak keluarkan nanti bila nak makan.
▶️ Potong siap-siap, kemudian letak dalam peti ais.
▶️ Bila dah sejuk. Boleh patahkan dah hidangkan.
BACA JUGA : Resepi Mee Sanggul Goreng Basah Yang Membangkit Selera. Simple Tapi Serius Padu!
Wah dah siap! Nampak sangat sedap. Senangkan! Hidangan yang paling simple tapi rasa luar biasa. Biskut coklat nestum bar boleh juga hidangan untuk majlis-majlis tertentu. Lepas ini, kalau nak sambut hari lahir anak tak perlu beli. Buat sendiri pun sedap, budak-budak mesti suka.
Hanya dua bahan sahaja yang digunakan dalam resepi ini iaitu nestum dan coklat. Sangat jimat, senang boleh buat banyak-banyak lagi. Rasa yang ala-ala kit kat pastinya sedap. Kalau ajak anak-anak bantu, confirm laju je mereka ikut ke dapur.
Semoga pengkongsian cara menyediakan coklat nestum bar ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi coklat nestum bar yang sangat sedap ini. Selamat mencuba.