Resepi Kuih Lapis Sedap. Setiap Gigitan Terasa Lemak Manisnya! Sekali Rasa, Comfirm Suka.

0 3,959

Kalau sebut kuih lapis ni, mesti dah terbayang kuih yang berlapis warna pink dan putih kan? Resepi Kuih Lapis tidak susah sangat nak buatnya, cuma perlukan teknik untuk buat lapisan kuih sahaja.

Kuih lapis ini tak kurang hebatnya dengan kuih traditional yang lain. Kuih lapis salah satu kuih yang dikukus, setiap lapisan akan dikukus sehingga masak. Kejadian kuih lapis sangat cantik apabila sudah siap masak.

Tekstur yang lembut dan rasa yang lemak manis memang menjadi penyebab kuih lapis disukai ramai selain dari warnanya yang cantik. Tapi sekarang warna kuih lapis sudah banyak divariasikan untuk jadi lebih menarik lagi.

Teringat masa zaman budak-budak, setiap kali nak makan mesti akan makan dengan tarik setiap lapisan. Rasa macam puas bila dapat tarik setiap lapisan kuih lapis ni.

Resepi dari kongsian rakan facebook kita Mizah Ngatiman dengan menggunakan sukatan cawan yang akan memudahkan lagi ibu-ibu untuk mencuba buat sendiri kuih lapis ini.

 

RESEPI KUIH LAPIS

Kuih lapis sudah sinonim denga warna pink dan putih dengan rasa sirap dan santan lemak manis, tapi sekarang sudah banyak kuih lapis yang telah divariasi seperti kuih lapis labu, keladi, pelangi dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 6 cawan santan
  • 1 sudu besar pewarna sirap ros
  • Secubit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS :

▶️ Sukatan tepung dalam cawan tidak terlalu padat atau terlalu penuh, untuk menggelakkan kuih menjadi terlalu keras.

▶️ Mula-mula, blend semua bahan kecuali sirap dan garam. Tapiskan untuk menggelak dari adunan yang berketul.

▶️ Selepas itu, adunan dibahagikan kepada 2 bahagian dengan kuantiti yang sama banyak.

▶️ Warnakan 1 bekas adunan dengan 1 sudu besar sirap. Kacau sehingga sebati.

▶️ Adunan putih campurkan dengan secubit garam.

▶️ Loyang yang ingin digunakan perlu disapu dengan sedikit minyak atau boleh juga letak plastic dan sapu minyak disekelilingnya.

▶️ Seterusnya, panaskan pengukus. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain terlebih dahulu.

▶️ Bagi lapisan pertama, masukkan 2 senduk aduanan putih kedalam Loyang dan kukus selama 5 minit.

▶️ Selepas 5 minit, carikkan dengan garfu permukaan kuih supaya ia melekat antara lapisan nanti. Buat setiap kali melapis.

▶️ Kemudian, masukkan 2 senduk adunan sirap tadi ke dalam Loyang dan kukus sehingga 5 minit.

▶️ Ulang step 8 dan 9 sehingga habis.

▶️ Akhir sekali, kukuskan sehingga masak selama 20 minit.

▶️ Apabila kuih sudah masak, biarkan sejuk beberapa jam atau semalaman baru potong.

 

BACA JUGA : Resepi Goreng Cili Ikan Bilis Meletup. Pembangkit Selera Makan Bersama Nasi Putih!

 

Cantik betul kejadiannya! Bila potong tengok lapisan-lapisan kuih ni memang sangat menarik. Setiap lapisan akan terasa lemak manis sirap dan santan sangat sedap sekali.

Tips untuk memotong kuih lapis ibu-ibu perlu tahu, nanti mengerutu pulak kuih tu bila dipotong nanti. Sisipkan dahulu keliling kuih dengan pisau plastik yang sudah disapu sengan sedikit minyak. Kemudian telekupkan atas pinggan.

Wah! Ibu-ibu mesti tak sabar nak mencubakan? Resepi kuih lapis ini sangat mudah, Cuma memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang elok. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.