Resepi Mee Kari Yang Padu Dan Marvelous. Confirm Semangkuk Tak Cukup Dibuatnya!

0 1,409

Mee kari boleh dikatakan salah satu hidangan mee berkuah yang sedap dan lengkap rasanya. Boleh buat pekat dengan rasa lemak bersantan, pedas dan paling penting ialah aroma karinya. Jadi tidak hairan kalau mee kari menjadi makan kegemaran ramai. Jadi apa kata hari ini kita cuba buat resepi mee kari dirumah. Pasti anak-anak pun akan suka.

Kalau dulu buat mee kari, buat simple-simple je dengan bahan ayam dan fish cake dalam kuah pun dan rasa cukup menyelerakan. Tapi sekarang ni, orang suka dalam kuah karinya ada pelbagai bahan seperti fish cake, fish ball, udang dan tauhu kering.

Sajian ini biasanya menggunakan mee kuning, jadi sebelum dihidangkan perlu dibasuh bersih dan dicelur seketika supaya rasa kapur kurang dan untuk melembutkan mee. Selain mee kuning anda boleh je nak tukar pada spaghetti, bihun atau homemade mee. Ianya terpulang pada citarasa anda.

Perkongsian resepi ini dikongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Ariana Sofia Ahmad. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang simple ini. Tak susuh pun bahan-bahannya sebab lebih kurang je macam mee kari yang biasa anda masak cuma ni versi kaya dengan bahan tambahan.

Bagi anda yang suka makan mee kari, boleh cuba resepi ni hujung minggu nanti. Hidangkan pada keluarga pasti mereka suka. Buat kuahnya lebih sikit confirm laku keras. Lagipun bila kuah pekat dan kaya dengan bahan terutama tauhu kering, kuah akan lebih cepat meresap dan kering. Nanti mee dan bahan sampingan masing banyak. Kuah pula habis.

 

RESEPI MEE KARI PADU

Kalau makan mee kari wajib dihidangkan bersama telur rebus. Pasti menaikan selera lagi. Confirm semangkuk tak cukup dibuatnya. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi mee kari yang padu ini.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • 4 ketul ayam
  • 3 serangkai
  • 1/2 paket fishball (dipotong 4)
  • 1/2 paket fishcake (dihiris nipis)
  • 10 biji tofu goreng (dipotong 4)
  • 4 biji bawang merah (diblend)
  • 4 ulas bawang putih (diblend)
  • 5 sudu besar cili giling
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 20 helai daun kari
  • 400ml santan pekat
  • 3 cawan air biasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1sk garam
  • 1 mangkuk kecik minyak (untuk menumis)

 

Bahan hiasan :
  • 4 biji telur (direbus)
  • Sawi (dicelur dengan air panas)
  • Tauhu goreng (dipotong dadu)
  • Lada besar (dihiris nipis)
  • Bawang goreng
  • Mee kuning

CARA PENYEDIAAN MEE KARI PADU : 

▶️ Tauhu ni goreng dulu siap-siap. Taknak bagi melekat kat kuali, sapu sikit garam.

▶️ Mula-mula masukkan minyak. Bila minyak dah panas masukkan bawang yang dah dikisar 3 serangkai. Tumis sehingga bawang kekuningan.

▶️ Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak,

▶️ Masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air. Tumis lagi.

▶️ Masukkan daun kari kemudian masukkan ayam. Kacau sebati.

▶️ Masukkan air. Dan jangan lupa perasakan dengan gula garam.

▶️ Masukkan fishcake, fishball dan tofu goreng. Kacau dan masak sehingga mendidih.

▶️ Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Dah mendidih boleh tutup api. Kuah akan lagi pekat bila dah sejuk.

▶️ Siap untuk dihidang. Letak mee kuning yang telah dibasuh bersama telur, sawi, limau nipis, lada besar dan tauhu goreng. Tabur sedikit bawang goreng. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Lapis Ubi Kayu Atau Talam Ubi Kayu. Hidangan Yang Simple Namun Memikat Selera!

 

Perh! Menyelera sungguh hidangan ini. Kalau buat sendiri pelbagai ramuan boleh ditambah kena dengan tekak masing-masing. Kadang-kadang beli kat luar tak kena dengan selera kita. Kuah tak pekatlah, tak cukup rasa lah dan sebagainya. Nak hidangkan pada hujung minggu memang sangat sesuai.

Kalau kita perasan orang cina punya style makan dengan sambal merah. Nak buat sambal merah pun boleh. Sambal tak perlu beriya sangat pun tak apa. Cukup sekadar tumis cili kisar dan bawang. Dan perasakan garam gula. Itu dah cukup memadai.

Siapa yang plan nak masak mee kari sedap dan simple boleh lah simpan resepi ni. Nanti hujung minggu nak buat buka resepi ni semula. Semoga dengan perkongsian resepi mee kari ini dapat memberi anda manfaat dan inpirasi dalam mempelbagaikan menu. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.