Resepi Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop Yang Super Delicious. Menggunakan Bahan Yang Ada Di Dapur Anda Sahaja!
Bila makan nasi, makanlah apa-apa lauk sekali pun. Bagi pengemar sayur, tak sah rasanya kalau tak ada sayur sebagai lauk sampingan. Tak lengkap rasa hidangan nanti. Jadi apa kata anda cuba satu menu yang sangat simple dan sedap iaitu resepi sayur taugeh ala chiken rice shop, rasanya memang marvelous.
Selalunya kalau masak sayur ni kita selalu buat sayur campur, kailan ikan masin, kangkung goreng atau sup sayur. Dan salah satu lagi sayur taugeh! Banyak masakan yang boleh buat dengan menggunakan taugeh ni sebenarnya. Yang seronoknya, taugeh ni memang ramai suka. Bila masak, confirm habis licin dimakanya. Memang puas hati betul lah rasanya.
Cara penyediaan resepi sayur taugeh ala chiken rice shop sangat mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Sayur taugeh ni selain sedap dimakan dengan nasi putih, ianya juga sedap diratah begitu sahaja. Rasa ranggup dan lembut memang membangkitkan selera makan.
Kalau ikut cara penyediaan sayur taugeh ala chiken rice shop sangat simple tak perlu campur sayur lain atau bahan lauk sebagai penyedap masakan. Tapi ianya terpulang pada selera anda. Bila masak sayur taugeh ni nak letak sayur kucai atau tempe dan tauhu pun boleh.
Resepi yang enak ni dikongsikkan oleh salah seorang pengguna facebook Cik Puan Liza Idris. Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap ni. Bagi yang pengemar sayur boleh save resepi yang dikongsikan ni.
RESEPI SAYUR TAUGEH ALA CHIKEN RICE SHOP
Masakan sayur taugeh ala chiken rice shop nak buat sedikit berkuah pun boleh, tidak menjadi masalah. Ianya terpulang pada selera anda. Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok resepi yang dikongsikan dan bagaimana cara penyediaan resepi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 3 genggam taugeh
- 1 1/2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap
- 1 kiub pati ayam
- Bawang goreng
- Daun bawang
- Lada sulah
- 1 biji cili
- 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN SAYUR TAUGEH ALA CHIKEN RICE SHOP :
▶️ Hancurkan 1 kiub pati ayam ke dalam 1 cawan air.
▶️ Masuk sos tiram. Tak kisah la brand apa.
▶️ Kicap 3 sudu. Kemudian masukkan minyak bijan 1 sudu.
▶️ Panaskan kuali, masak bagi sebati anggaran 5 minit je. Perasakan dengan 1/2 sudu gula. Kuah lebih sedap jika masak.
▶️ Sementara tu celur taugeh 1 minit dalam air panas. Toskan. Kuah siap, boleh siram atas taugeh.
▶️ Tabur cili dan daun bawang. Tabur pula bawang goreng.
▶️ Akhir sekali perasakan juga dengan lada sulah.
▶️ Siap!
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Kurma Yang Pekat Dan Likat. Makan Dengan Nasi Pun Sedap!
Wah dah siap! Sungguh berselera bila tengok sayur taugeh ala chicken rice shop ni. Selalunya anak-anak kalau tengok sayur memang susah nak makan. Namun bila sebut resepi sayur taugeh ala chiken rice shop pasti semua laju je makan. Anda boleh cuba dirumah nanti!
Masakan ni simple je nak buat. Tapi kalau dapat makan memang sedap sehingga menjilat jari. Lepas ni kalau nak makan sayur taugeh ala chicken rice shop boleh buat kat rumah je. Follow je resepi yang dikongsikan ni. Lagi-lagi kalau buat sendiri dirumah pasti sedap dan boleh makan puas-puas.
Suka betul makan sayur taugeh celur ni. Makan dengan apa-apa jenis nasi pun sedap. Kalau tak percaya, anda boleh cuba! Sekali cuba pasti nak lagi. Semoga perkongsian resepi sayur taugeh ala chicken rice shop ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!