Resepi Mee Sanggul Goreng Basah Yang Membangkit Selera. Simple Tapi Serius Padu!

0 3,414

Malam asyik lapar je! Tak tahu nak makan apa? Jom cuba resepi mee sanggul goreng basah. Menu ini dapat membangkitkan selera anda bila waktu lapar ni. Menu mee sanggul sangat simple dan mudah penyediaan. Makan pula panas-panas ditambah bawang goreng dan cili jeruk, lagi menambah-nambah selera.

Mee sanggul amat popular di kawasan belah utara. Ianya biasa di masak cara goreng. Tapi terpulang pada cita rasa masing-masing. Mee sanggul teksturnya nipis dan lembut. Ramai yang suka mee sanggul kerana lebih sedap daripada mee kuning biasa.

Cara penyedian resepi mee sanggul goreng basah ini sangat mudah dan bahan-bahan penyediaan pun boleh didapati didapur anda sahaja seperti udang, telur, sayur dan bebarapa jenis sos. Tapi terpulang pada anda jika anda tak suka udang boleh juga digantikan dengan sotong ataupun ayam.

Malah rasa penyediaan yang ringkat iaitu, panaskan minyak untuk menumis bawang, kemudian masukkan udang, masuk sos, jika suka sayur anda boleh pelbagai jenis sayur lain. Selepas itu pecahkan telur dan akhir sekali masuk mee sanggung dan dihidangkan. Wah! senangkan.

Resepi mee sanggul goreng basah ini telah dikongsi oleh seorang penguna facebook iaitu cik puan Nurul Ateekah di sebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, semudah abc sahaja tidak hiaran jika lelaki pun boleh ke dapur. Bila buat sendiri lagi puaskan makankan. Tak rugi cuba tau!

 

RESEPI MEE SANGGUL GORENG BASAH

Resepi yang sangat simple dan sedap. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi mee sanggul goreng basah yang membangkit selera. Simple tapi serius padu! Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 Mee Sanggul (direbus@direndam sehingga lembut dan toskan )
  • 200gram udang (dicuci bersih)
  • Telur 4 biji
  • Bawang Putih 4 ulas (diketuk)
  • Tomato 1 biji (belah 4)
  • Kucai
  • Taugeh
  • 7 sudu beasa cili kisar
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap
  • Serbuk Perasa

CARA PENYEDIAAN MEE SANGGUL GORENG BASAH :

▶️ Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.

▶️ Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak .

▶️ Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa . Gaulkan sekata.

▶️ Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan .

▶️ Masukkan mee sanggul, taugeh dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika.

▶️ Angkat dan siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Bingka Labu Yang Unik Dan Sangat Sedap. Wajib Cuba Kuih Ini!

 

Wah dah siap! Nampak menyelerakkan. Senangkan! Hidangan sangat menarik dah macam yang jual dekat pasar malam dah. Tapi confirm buat sendiri lagi sedapakan. Boleh ubah bahan mengikut cita rasa sendiri. Menu yang simple ini boleh juga dihidangkan pada tetamu Jugak.

Sedap sangat di makan panas-panas. Kalau anda suka pedas boleh letak cili, lebih pedas, lebih lagi sedap. Menu sesuai juga dihidang bila-bila masa tak kira lah untuk sarapan, tengah hari atau malam. Menu simple, tapi rasa yang luar biasa setaraf restoran 5 bintang.

Mee sanggul sebenarnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Rasanya juaga hampir sama dengan mee kuning. Jadi anda boleh mempelbagaikan kaedah masak. Dengan perkongsian resepi mee sanggul goreng basah ini agar dapat memberi mafaat kepada semua. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.