Resepi Biskut Kacang Peas Mudah. Kuih Raya Lejen Yang Sedap. Confirm Tak Cukup Sebalang!
Biskut kacang peas rasanya lebih kurang dengan biskut Mazola cuma kacang peas yang digunakan untuk resepi ini. Resepi Biskut Kacang Peas ini terlalu ringkas dan senang untuk dibuat.
Cara dan bahan untuk membuat biskut kacang peas tersangatlah mudah, sehinggakan ibu-ibu yang belum pernah buat biskut sendiri pun boleh dapat hasil biskut kacang peas yang sedap.
Rasa biskut kacang peas yang lemak-lemak kacang memang sangat sedap. Kebiasaannya mak-mak yang minat biskut jenis kacang ini, disebabkan rasanya tidak terlalu manis dan rasa lemak masin kacang secukup rasa.
Biskut Mazola biasanya berwarna coklat atau keperangan tapi lain pula dengan biskut kacang peas ini akan berwarna hijau, disebabkan penggunaan tepung kacang hijau yang berwarna hijau menghasilakn biskut yang berwarna hijau.
Resepi biskut kacang peas telah dikongsi oleh Noriza Jaja, resepi ini sangat mudah dan cepat untuk dibuat. Yang pasti resepi ini akan menghasilkan biskut kacang yang sedap.
RESEPI BISKUT KACANG PEAS
Penggunaan minyak jagung dalam adunan biskut akan menghasilkan tekstur biskut yang lebih ringan dan lebih sedap berbanding menggunakan minyak masak biasa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1/2 kg tepung kacang peas(ada jual dikedai bakeri)
- 1/2 kg tepung gandum
- 300 gram gula aising ( tidak mahu terlalu manis boleh kurangkan sikit)
- 1 sudu teh garam halus
- Minyak jagung @ minyak masak secukupnya
CARA-CARA PENYEDIAAN BISKUT KACANG PEAS :
▶️ Mula-mula, masukkan tepung kacang peas,tepung gandum,gula dan garam dalam mangkuk/besen dan gaul rata hingga sebati.
▶️ Kemudian masukkan minyak jagung sikit2 hgga bole diuli menjadi doh(dah bole kepal dan gentel jadi bulat tu kira ok ler ye)
▶️ Buat bentuk bulat-bulat dan tekan dengan belakang garfu.
▶️ Sapu dengan kuning telur + pewarna kuning lemon disetiap permukaan biskut.
▶️ Bakar suhu 160°c selama 20-25 minit bergantung oven masing-masing dan pastikan bawah biskut tu kekuningan.
BACA JUGA : Resepi Roti Telur Yang Mudah Dibuat. Lembut Dan Sedap Disukai Anak-Anak!
Mudah sangat nak buat biskut kacang peas ini, sekelip mata dah siap satu hidangan biskut raya. Tak perlu nak pening-pening dengan menggunakan bahan yang banyak untuk buat satu biskut raya.
Resepi biskut kacang peas ini sangat mudah sampaikan ibu-ibu yang baru pertama kali nak buat biskut pun boleh dapatkan hasil biskut yang sedap. Pasti ramai yang sukakan biskut yang jenis berkacang ini.
Resepi mudah dan sedap ini ibu-ibu boleh mencuba dirumah, bahan-bahan yang digunakan pun sangat senang dan sedikit. Apa lagi ibu-ibu, jom tambah koleksi biskut raya lagi. Selamat mencuba!