Resepi Pulut Kuning Dan Rendang, Pulut Yang Lembut Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja!

0 2,616

Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Bukan selalu boleh makan pulut kuning ni, Resepi Pulut Kuning Dan Rendang menjadi pilihan hari ini.

Biasanya pulut kuning akan dimakan dengan gulai atau rendang ayam atau daging pada majlis keramaian, seperti hari perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis khatam al-quran dan lain-lain hari yang istimewa lagi.

Pulut mempunyai kandungan kanji yang sangat tinggi dan menjadikannya melekit apabila dimasak. Biasanya pulut akan ditanak dengan santan supaya rasanya lebih berlemak apabila dimakan.

Ianya boleh ditanak atau dikukus untuk dimasak, mungkin ramai yang tidak pandai untuk memasak pulut, sebab agak rumit juga untuk dimasak. Sebelum dimasak pulut perlu direndam terlebih dahulu untuk mengembangkannya.

Pulut kuning bukan sahaja sedap dimakan dengan rendang dan gulai, ada juga disediakan dengan telur goreng masin yang digoreng nipis dan berwarna, kemudian dipotong nipis-nipis untuk ditabur di atas pulut. Resepi pulut kuning ini telah dikongsi oleh Farah Diyana.

 

RESEPI PULUT KUNING DAN RENDANG

Sekarang ini tidak perlu untuk menunggu hari istimewa atau kenduri kesyukuran untuk makan pulut kuning. Sekarang sudah ramai yang membuat dan menjual hidangan ini. Jadi jika tak mahu buat sendiri, boleh sahaja beli dengan perniaga-perniaga yang menjualnya.

photo6275943377447005673.jpg (750×1000)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Pulut kuning :
  • Beras pulut
  • Serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Santan cair
  • Santan pekat

photo6275943377447005679.jpg (750×1000)

CARA-CARA PENYEDIAAN PULUT KUNING

▶️ Mula-mula, beras pulut perlu dicuci bersih, reandam dengan air kunyit dan asam keping.

▶️ Kemudian, kukus beras pulut selama 30 minit, dan kemudian arong pulut dengan santan cair dan kukus lagi.

▶️ Kukus kali kedua selama 15 minit, arong lagi sekali dengan santan pekat yang dicampur dengan sedikit air, garam, gula yang dipanaskan sekejap diatas api.

 

Bahan untuk rendang ayam :
  • Bawang Besar *
  • Halia *
  • Lengkuas *
  • Serai *
  • Kunyit Hidup *
  • Lada kering *
  • Ayam
  • Gula melaka
  • Kerisik
  • Santan pekat
  • Serai ( diketuk )
  • Daun kunyit ( dihiris )
  • Daun limau purut

photo6275943377447005672.jpg (750×1000)

CARA-CARA PENYEDIAAN RENDANG AYAM

▶️ Kisar semua bahan-bahan bertanda * sehingga hancur, tumis sampai pecah mimyak.

▶️ Masukkan gula melaka, ayam, kerisik,santan, serai dan daun limau purut. Kacau sehingga sebati.

▶️ Apabila ayam sudah masak taburkan hirisan daun kunyit.

 

Bahan untuk daging dending :
  • Daging ( dihiris )
  • Bawang besar
  • Halia
  • Serai ( diketuk )
  • Lada kering
  • Lada hidup
  • Gula melaka
  • Rempah kurma
  • Garam secukupnya

photo6275943377447005671.jpg (750×1000)

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING DENDING

▶️ Daging direbus dengan garam, halia dan serai sehingga empuk.

▶️ Selepas itu, goreng daging yang direbus ( hati-hati sebab akan merancik nanti )

▶️ Tumbuk daging yang siap digoreng tadi.

▶️ Tumis bawang, lada kering, lada hidup sehingga wangi, kemudian masukkan gula melaka dan rempah kurma. Tumis sampai masak.

▶️ Akhir sekali masukkan daging dan perasakannya.

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Goreng Cili Kering, Pasti Isi Ayam Akan Habis Dimakan Jika Dimasak Hidangan Ini!

 

Pulut kuning atau nama lain dipanggil nasi kunyit dapat makan sekali sekala sedap juga. Kadang-kadang teringin juga nak makan pulut kuning ni, bukan senang nak masak pulut kuning ni kena buat pada hari cuti baru sempat.

738942949.jpg (1200×800)

Jika tidak mahu makan dengan rendang dan dedeng daging boleh sahaja buat gulai ayam atau daging untuk dimakan dengan pulut kuning. Ianya juga sering dijadikan pulut berhias untuk majlis pernikahan sebagai hantaran kepada pengantin, betapa istimewanya pulut kuning ni.

Nak dapatkan pulut kuning yang rasanya lemak-lemak dan lembut, perlu diarong dengan santan baru pulut akan rasa berlemak dan berminyak cantik. Resepi pulut kuning dan rendang sangat sedap, boleh dicuba untuk membuatnya pada hari minggu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.