Resepi Biskut Red Velvet Coklat Chip. Rasa Sesedap Nama, Makan Sekeping Belum Tentu Cukup!

0 11,812

Kali ini kita kongsikan Resepi Biskut Red Velvet Coklat Chip, bukan hari raya je boleh buat biskut, hari tak raya pun boleh buat. Boleh jadikan kudapan minum petang bersama keluarga.

Rasa biskut red velvet agak berbeza sedikit sebab dalam adunan bahan biskut dicampur minyak sapi dan sebuk koko sedikit, ada sesetengah resepi campur susu masam iaitu susu yang dicampur cuka sedikit.

Warna biskut red velvet adalah warna merah sama juga dengan kek red velvet berwarna merah. Jagan tersilap ye, biskut red velvet taka da warna lin selain merah ye.

Biskut red velvet coklat chip kali ini memang mewah dengan bahan-bahan kekacang yang akan menyedapkan lagi biskut ini. kalau tak percaya boleh tengok resepi yang kami kongsi ni.

Resepi biskut red velvet telah dikongsi oleh Hidayati Hana di facebook, biskutnya nampak menarik sekali dengan warna merah dan mewah dengan coklat chip dan kekacang.

 

RESEPI BISKUT RED VELVET COKLAT CHIP

Biasanya bila raya ja orang akan sibuk buat biskut, tapi bila tak raya pon boleh buat biskut ye, tak perlu tunggu raya nak buat biskut.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 120gm marjerin/butter
  • 100gm gula kastor
  • 10gm minyak sapi (saya tukar minyak jagung)
  • 120gm tepung gandum
  • 50gm tepung beras
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdb serbuk koko
  • 1 sdt red velvet emulco/pewarna merah
  • 1 sdt esen vanilla
  • 50gm badam cincang (saya guna almond slice) – dibakar atau disangai sekejap dlm 5 minit
  • 50gm coklat chip
  • 30gm biji kuaci hijau (bole skip klu takde) – dibakar/disangai juga

CARA-CARA PENYEDIAAN BISKUT RED VELVET COKLAT CHIP

▶️ Putarkan marjerin, gula kastor dan minyak jagung hingga adunan kembang dan bertukar kaler kuning pucat

▶️ Masukkan kuning telur dan putar lagi.

▶️ Selepas itu, masukkn esen vanila dan pewarna merah

▶️ Sementara tu ayak tepung, tepung beras dn serbuk koko

▶️ Masukkn bahan ayak td, gaulkan guna spatula atau sudip kayu

▶️ Kemudian, masukkan separuh badam, kuaci dan coklat chip td ke dlm adunan dan gaul sebati

▶️ Sediakan loyang lapik dengan baking paper

▶️ Ambil sedikit aduanan dan bentukkn bulat, tekan hingga leper dan letakkan coklat chip dan badam atasnya

▶️ Apabila dah siap bakar dlm oven suhu 170 selama 25- 30 minit ikut kepanasan oven masing-masing.

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Hujan Panas. Nasi Yang Berwarna-warni Sangat Enak Dimakan Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

 

Semerbak betul bau biskut red velvet ni, ditambah pula diletakkan minyak sapi lagi membangkit aroma biskut red velvet. Sekali gigitan dah tau rasa cruchy dari kekacang yang dicampur tu.

Ada je biskut red velvet yang tidak letak kekacang, jadi atas citarasa sendiri mahu letak atau tidak. Sebab tidak semua suka makan ada kacang didalam makanan mereka.

Resepi biskut red velvet coklat chip ini sangat senang dan enak untuk dibuat kudapan. Sambil-sambil tengok tv boleh layan denga biskut red velvet ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.